Skip to main content

Tips-tips Menangani Stress

Tahukah anda makanan juga memainkan peranan penting di kala kita dalam keadaan tekanan. Sesetengah orang akan mempunyai selera makan yang tinggi semasa stress. Dan sesetengah orang juga langsung tidak mempunyai selera makan ketika stress.


Itu juga adalah salah satu cara kita menangani stress. Pabila kita berada dalam keadaan stress, semua kerja tidak menjadi, kita akan menjadi moody dan cepat marah. Jadi bagaimana kita nak mengatasi masalah ini? Jom hari ini saya kongsikan tips-tips menangani stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat.


  • Tabiat diet yang sihat

Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam adalah perlu. Pemakana yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat


  • Ambil diet seimbang

Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan


  • Kurangkan pengambilan Kafein

Pengambilan kafein seperti kopi  dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stress serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta menggangu kualiti tidur.


  • Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan telur jeruk


  • Kurangkan gula

Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imum yang perlu dalam pengurusan stress.Selain itu ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.


  • Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapt dikekalkan dan menghindari stress.


  • Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang

Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat menigkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stress. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.


  • Penggunaan bahan makanan yangmengandungi probiotik

Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ' lactobacillus acidhophitis' dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imum, menambah vitamin danmeningkatkan ketahan terhadap stress


  • Kekalkan berat badan

Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktivit fixikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping menjadi lebih aktif.


  • Hentikan tabiat merokok

Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka pendek tetapi toksi di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stress.

Apa yang shaklee boleh bantu?

1. Pengambilan B complex.




2. Vivix - sangat baik untuk yang mengalami masalah stress, kandungan gula tinggi, pigmentasi dan pelbagai penyakit lain








Comments

  1. Pengambilan makanan tambahan memang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...