Skip to main content

Posts

Betul Ke Shaklee Bagi Kereta?Tak Cayalah!

Betul ke shaklee bagi kereta pada mereka yang layak? Ini juga salah satu persoalan Ms J masa pertama kali join shaklee. Rasa macam tak percaya pun ada. Mana tak nya, kalau bekerja 10 tahun sekalipun, jarang sekali nak dengar ada syarikat yang bagi kereta pada pekerja. Yang ada hanyalah bonus atau kenaikan gaji.Itupun kalau ada.Malah ada juga syarikat yang tidak memberi apa apa ganjaran pada stafnya taw. Jadi apabila terdengar bahawa shaklee ada bagi kereta, Ms J amat tertarik.Dan sudah tentu menjadi idaman semua orang, siapa yang tak nak bayar ansuran kereta tanpa usik duit gaji kan. Maka, mulalah merisik cerita dengan mereka mereka yang telah berjaya.Iya memang betul, bukan cerita dogeng taw. Dalam shaklee, ianya dinamakan sebagai 'car bonus'. Ini adalah salah seorang penerima, namanya Mak Jemah Anda boleh ikuti kisah Mak Jemah di  SINI Masih lagi tidak percaya? Apakata ikuti kisah ini pula  Shaklee bagi Kereta? Tipulah! Semuanya tak...

Perlu Ke Berpantang Selepas Keguguran?

Pertama kali berlaku pada Ms J keguguran ini, Ms J tidak tahu pun perlunya berpantang selepas keguguran. Dan mula lah merisik khabar daripada emak di kampung dan mak mertua di sini. Kata mereka, ya Ms J perlu berpantang.Berpantang sama sekali seperti selepas bersalin.Cuma kali ini berpantang tanpa bayi di sisi. Maka, nak tak nak memang Ms J kena berpantang juga.Ms J diberi rehat seminggu oleh doktor supaya badan Ms J boleh kembali bekerja dengan baik. Lalu emak mentua menyuruh Ms J untuk pulang ke kampung di Pokok Sena.Alhamdulillah syukur di kurniakan dengan mereka mereka yang mengambil berat terhadap Ms J. Pada keesokkan harinya emak mentua memasak ikan air asam katanya.Tapi Ms J tak tahu pula ikan apa.Tahu makan saja.hehe. Memang orang tua memang tegas bab bab pantang ini.Banyak benda yang tak boleh dimakan, antaranya ais, sayur kubis dan macam-macam lagi. Bukan apa. sebenarnya untuk kebaikan kita juga. Selain menjaga pemakanan semasa berpantang, kita...

Apa yang Saya Dapat Dengan Shaklee?

Ramai yang mencadangkan Ms J untuk buat bisnes itu, ini.Almaklumlah bisnes trend semasa, ramai yang cari kan.Maka sales pun berdesup desup. Tetapi kenapa Ms J masih lagi bersama shaklee? Ramai yang bertanyakan ada apalah sangat dengan shaklee ini. Tahu tak, sebab utama Ms J masih lagi bersama shaklee adalah sebab rasa sayang dan cinta akan bisness ini.Shaklee ini bukan bisness yang ikut trend semasa,bukan bisnes out of date, tapi produk yang sentiasa orang cari. Maka, tidak timbul produk ini sudah lama, orang sudah tak mahu.Tidak sama sekali taw.Sepanjang Ms J bersama shaklee ini, ada je yang bertanya mengenai produk shaklee ini. Ini maksudnya memang bisnes ini sentiasa ada permintaan.Tak perlu nak dipertikaikan lagi kan. Lagi bertambah gembira apabila kita dpat menolong mereka yang memerlukan.Selepas menggunakan produk shaklee mereka memberikan feedback yang positif, Ms J sebagai penjual ini pula yang terlompat-lompat gembira untuk mereka. Sudah tentu kita ...

Berpantang Selepas Keguguran, Supplement Apa Nak Makan?

Kali ini berpantang rasa berbeza dengan yang sebelum ini. Dan yang paling ketara adalah berpantang, tapi tanpa baby di sisi. Kalau korang nak tahu kali ini Ms J berpantang di sebabkan oleh keguguran.Pesan mak berpantang selepas keguguran ini samalah juga dengan berpantang selepas bersalin. Banyak perkara yang harus di jaga, termasuklah pemakanan dan rehat yang secukupnya. Tapi kali ini Ms J rasakan adalah emosi jadi tidak stabil.Mungkin masih teringatkan bayi yang telah keguguran minggu lepas. Tambah tambah lagi sekarang berjauhan dengan mak, rasa makin terganggu emosi ini. Kalau dulu Ms J berpantang mak yang uruskan semuanya, tapi kali ini semua harus diuruskan dengan sendiri. Suami pula macam memahami keadaan Ms J, malah beliau banyak sokong Ms J dari belakang.Boleh dikatakan semua kerja rumah beliau yang lakukan. Malah beliau juga mencadangkan agar Ms J ambil supplement supaya nanti kalau ada rezeki tiada lagi berlaku keguguran. Betul juga caka...

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple

Sejak bergelar ibu dan isteri ini banyak benda yang Mama harus fikirkan.Bahkan setiap hari nak masak apa pun pening. Kekadang dah bosan nak masak menu yang sama.Tambah lagi apabila Mama masak, tiada selera nak makan. Hanya mampu melihat suami dan anak saja makan.Akhirnya Mama juga yang kur us.hehe Tetiba suami meminta Mama untuk memasak ayam goreng berempah.Oh no! Mama tak berapa pandai sangat bab ayam goreng berempah ini. Dulu pernah sekali buat, tapi rasa tak sesedap di kedai.Lantas dah kecewa dan tiada usaha nak mencuba lagi.huhu Akhirnya Mama terpaksa buat juga.Nak tak nak memang kena telefon kat mak di kampung minta resepi. Ala bahan bahan tidak mencukupi di rumah.Nak tak nak memang kena keluar pergi beli juga.Tapi anak pula tengah tidur.Aduhai nampaknya petang karang lah baru masak. Dalam pukul 5 petang, Mama keluar ke kedai misi mencari jintan manis dan jintan putih.Yeayhh akhirnya nya berjaya juga mendapatkan barang masakan dengan segera. Ini ...

Punca Berlakunya Pendarahan Ketika Hamil

Pernah dengar bunting pelanduk? Ada juga yang panggil sebagai bunting harimau. Tapi bagi Ms J ini adalah pertama kali Ms J dengar setelah mengalami masalah ini.Masalah ini adalah mengenai pendarahan yang berlaku ketika hamil. Dalam bahasa istilah perubatan pula, tiada istilah period tapi hamil atau bunting pelanduk dan bunting harimau ini sebenarnnya. Yang ada hanyalah ancaman keguguran atau 'treathen abortion'. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini.Ini adalah antara punca kenapa pendarahan berlaku semasa hamil: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding) Implantasi atau dalam bahasa mudahnya persenyawaan antara ovum dan sperm yang melekat di dinding rahim boleh juga menyebabkan pendarahan. Namun pendarahan yang berlaku hanyalah sedikit sahaja dan biasanya ianya berlaku dalam tempoh 1 hari hingga 3 hari. Pendarahan ini di anggap normal kerana pendarahan yang berlaku ketika proses implantasi. Pendarahan Penebusan (Bre...

Usah Diratapi Mereka Yang Sudah Tiada

Masih ingat lagi entry Mama mengenai  Hamil Tapi Masih Lagi Datang Period ? Ok kali ini Mama ingin berkongsi kisah Mama mungkin boleh menjadi tatapan buat bakal ibu atau ibu ibu di luar sana yang menghadapi masalah seperti Mama ini. Alkisah semalam rasa rasa sakit perut yang amat sangat. Serba serbi tak kena, duduk tak kena, baring pun tak kena. Dek kerana tak tahan dengan kesakitan yang melanda, Mama meminta suami untuk sapu minyak kat perut ini. Lantas Mama pula yang di marahi.Kata encik suami 'orang pregnant tak boleh letak minyak panas kat perut' Maka, nak tak nak Mama terpaksa mengharungi kesakitan di atas tilam sambil berselimut rasa kesejukkan. Anak semua suami yang tolong tengokkan.Kadang kadang itu perasaan kesian datang menjengah juga dalam diri ini mengenangkan semua perkara yang suami harus lakukan. "Ya Allah baru sikit ujian yang Engkau datangkan, aku sudah tidak mampu menahan. Kuatkan hati aku ini ya Allah" monolog Mama ber...