Skip to main content

Posts

Punca Berlakunya Pendarahan Ketika Hamil

Pernah dengar bunting pelanduk? Ada juga yang panggil sebagai bunting harimau. Tapi bagi Ms J ini adalah pertama kali Ms J dengar setelah mengalami masalah ini.Masalah ini adalah mengenai pendarahan yang berlaku ketika hamil. Dalam bahasa istilah perubatan pula, tiada istilah period tapi hamil atau bunting pelanduk dan bunting harimau ini sebenarnnya. Yang ada hanyalah ancaman keguguran atau 'treathen abortion'. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini.Ini adalah antara punca kenapa pendarahan berlaku semasa hamil: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding) Implantasi atau dalam bahasa mudahnya persenyawaan antara ovum dan sperm yang melekat di dinding rahim boleh juga menyebabkan pendarahan. Namun pendarahan yang berlaku hanyalah sedikit sahaja dan biasanya ianya berlaku dalam tempoh 1 hari hingga 3 hari. Pendarahan ini di anggap normal kerana pendarahan yang berlaku ketika proses implantasi. Pendarahan Penebusan (Bre...

Usah Diratapi Mereka Yang Sudah Tiada

Masih ingat lagi entry Mama mengenai  Hamil Tapi Masih Lagi Datang Period ? Ok kali ini Mama ingin berkongsi kisah Mama mungkin boleh menjadi tatapan buat bakal ibu atau ibu ibu di luar sana yang menghadapi masalah seperti Mama ini. Alkisah semalam rasa rasa sakit perut yang amat sangat. Serba serbi tak kena, duduk tak kena, baring pun tak kena. Dek kerana tak tahan dengan kesakitan yang melanda, Mama meminta suami untuk sapu minyak kat perut ini. Lantas Mama pula yang di marahi.Kata encik suami 'orang pregnant tak boleh letak minyak panas kat perut' Maka, nak tak nak Mama terpaksa mengharungi kesakitan di atas tilam sambil berselimut rasa kesejukkan. Anak semua suami yang tolong tengokkan.Kadang kadang itu perasaan kesian datang menjengah juga dalam diri ini mengenangkan semua perkara yang suami harus lakukan. "Ya Allah baru sikit ujian yang Engkau datangkan, aku sudah tidak mampu menahan. Kuatkan hati aku ini ya Allah" monolog Mama ber...

Hamil Tetapi Masih Lagi Datang Bulan

Dua hari yang lepas Mama gagahkan juga mahu membuat urine pregnancy test (UPT). Setelah sebulan lebih tidak didatangi period tertanya tanya juga dalam hati ini, adakah hormon in balance atau Mama yang pregnant? UPT menunjukkan dua lines Akhirnya terjawab juga setelah melakukan UPT. Ujian mendapati 2 line, bermakna Mama is pregnant!huhu. Pada ketika itu gembira, sebab anak yang pertama pun sudah 2 tahun, maka rasanya sudah tiba masanya untuk Mama mendapatkan anak yang kedua. Dan paling tidak tidak sangka, Mama pregnant dalam masa yang terdekat ini.Baby kali ini adalah baby yang di rancang, Mama sudah booking untuk cuti bersalin hujung tahun ini.Dan ianya bakal menjadi kenyataan nanti.huhu Tetapi malang tidak berbau, keesokkan harinya Mama di datangi oleh 'period'.Keluar darah berwarna coklat gelap.Dan pada ketika itu tertanya tanya adakah Mama period? Setelah itu Mama sekali lagi membuat UPT.Dan ujian ini masih lagi menunjukkan 2 line.Fuhh rasa lega kem...

Dengan mengingati Dia hati ini lebih tenang

Di atas tikar sejadah tadi air mata ini tidak putus putus menitis. Tak dapat nak di kawal dengan lajunya ia mengalir.Dari takbiratul ihram sehingga ke salam terakhir. Ya allah , terima kasih ya allah.kerana masalah ini Engkau panggilku untuk bersama Engkau. Sungguh aku tak mampu.Ingatkan nak buat biasa je, tapi hati ini rapuh jua bila berada bersama Engkau ya allah. Setiap kali solat, pasti ku akan berdoa.moga di beri petunjuk dan hidayah buat nya. Kekadang dengan masalah yang datang ini adalah salah satu cara Allah panggil kita Bukan saja saja beri kita semua masalah ini, tapi ingatlah pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba Nya jangan berputus asa.Masih ku ingat lagi pesan seorang teman semakin kita rasa gusar, gundah gulana maka berdoalah, mengajilah, berzikirlah. Dengan itu hati kita lebih tenang! Dan hari ini ku amat akui.setelah melakukan semua itu, hati ini lebih tenang.Hati ini lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan ini. Maka buat kengkawan yang mengalami...

Sabar, Pasti Ada Hikmah Di Sebalik Apa Yang Berlaku

Dalam kepenatan selepas balik kerja, ambil anak di nursery dan balik rumah masak, fuhh rasa nak tercabut tulang belakang ini. Sambil masak sambil layan anak. Kejap 'mama mau itu, mama nak ini ,mama mama mama..."selagi kita tak layan mereka selagi itulah merengek minta perhatian. Nak tak nak memang kena juga layan mereka.Kekadang itu pernah hangit bawang yang di tumis dalam kuali ni. Almaklumlah mama ni pelupa orangnya.. Aish nampak nya nak kena top up kan lagi pengambilan supplement minyak ikan omega, supaya otak ini sentiasa bekerja dan kekal aktif.No more lupa lupa!hehe Selepas setel semua kerja rumah, duduk la baring baring sekejap sambil tengok televisyen.Tetiba bunyi mesej di watsap. Biasanya waktu waktu begitu jarang sangat mama layan sebab penat dah kan, tapi semalam terbuka satu watsap daripada geng housemate semasa menuntut di universiti dahulu. Nama kawan saya itu adalah Zati.Katanya bakal mak mentua beliau meninggal dunia di sebabkan...

Akhirnya Berjaya Pujuk Suami Untuk Injeksi Hepatitis B

Beberapa minggu lepas suami Ms J ada telah melakukan injection untuk Hepatits B. Setelah berkali kali di leteri oleh si isteri, baru beliau bersedia untuk di cucuk.huhu. Alhamdulillah terbuka juga hati suami Ms J untuk mendapatkan vaksinasi ini. Bukan apa taw bila dah terkena penyakit Hepatitis B ini sudah tidak boleh di rawat lagi. Sebab itu kita di galakkan untuk mengambil suntikan vaksinasi ini.Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Vaksinasi ini boleh mencegah daripada virus hepatitis B daripada menyerang badan kita. Setakat ini, tiada ubat bagi merawat hepatitis B ni taw, apa yang ada hanyalah vaksinasi untuk hepatitis B. Maka buat sesiapa yang masih belum melakukan suntikan Hepatitis B ini, cepat-cepat dapatkan segera ye. Buat mereka yang masih tidak tahu lagi apa itu Hepatitis B sebenarnya meh baca ini. Apa itu Hepatitis B Hepatitis B adalah sejenis virus yang selalunya menyerang hati. Penyakit ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu...

Bercuti Di Kampung, Singgah Sekejap Di Pasar Munduk (Thailand)

Cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Begitulah juga dengan kerja seharian Ms J. Sebagaimana yang korang nak tahu, kerja Ms J ini tidak tetap, sekejap di Pulau Pinang, sekejap di Alor Setar. Sambil sambil melihat nombor waktu menunggu, sepatutnya kalau nak ikutkan hariini ada pesakit yang sepatutnya datang. Tapi sehingga kini seorang pun masih belum kelihatan. Dalam hati ini kerapkali berkata, 'janganla datang, sebab badan ku ini sudah penat'. .hehe Jika appointment tidak datang hari ini, maka dapatlah rehat sikit setelah berminggu bergelumang dengan kerja dan kerja. Kekadang itu, nak makan pun tak tenang dek kerana fikirkan waktu pesakit yang terpaksa menunggu lama. Oh kerja, mohon diberi kekuatan pada diri ini untuk mengharungi semua ini. Ok di waktu yang lapang ini bukan pasal kerja yang ingin ku updatekan, tetapi mengenai Munduk! Pernah dengar Munduk? Mungkin ramai yang tidak pernah dengar bukan? Dan jika anda adalah orang Kelantan ...