Skip to main content

Sabar, Pasti Ada Hikmah Di Sebalik Apa Yang Berlaku

Dalam kepenatan selepas balik kerja, ambil anak di nursery dan balik rumah masak, fuhh rasa nak tercabut tulang belakang ini.

Sambil masak sambil layan anak. Kejap 'mama mau itu, mama nak ini ,mama mama mama..."selagi kita tak layan mereka selagi itulah merengek minta perhatian.



Nak tak nak memang kena juga layan mereka.Kekadang itu pernah hangit bawang yang di tumis dalam kuali ni. Almaklumlah mama ni pelupa orangnya..

Aish nampak nya nak kena top up kan lagi pengambilan supplement minyak ikan omega, supaya otak ini sentiasa bekerja dan kekal aktif.No more lupa lupa!hehe

Selepas setel semua kerja rumah, duduk la baring baring sekejap sambil tengok televisyen.Tetiba bunyi mesej di watsap.


Biasanya waktu waktu begitu jarang sangat mama layan sebab penat dah kan, tapi semalam terbuka satu watsap daripada geng housemate semasa menuntut di universiti dahulu.

Nama kawan saya itu adalah Zati.Katanya bakal mak mentua beliau meninggal dunia di sebabkan oleh leukimia.

Innalillah...semoga awak kuat Zati!Dalam hati ini kerap kali berkata, istigfar istigfar.Kepada Dia kita kepada Dia lah kita kembali.

Dan kalau nak tahu Zati ini bakal berkahwin August ini.Tak lama lagi mereka bakal mendirikan rumah tangga, tetapi di takdirkan Allah ibu mentua mereka tidak sempat untuk melihat hari bahagia mereka.

Subhanaallah setiap perangcangan Allah pasti ada hikmahnya!

Kata Zati lagi, beliau rasa sedih sebab tak sempat nak berborak panjang dan tak sempat nak bersama bakal mak mentua beliau.

Nasihat saya pada beliau banyak-banyakkan bersabar.Pasti ada hikmahnya dengan apa yang berlaku.

Kita yang masih hidup ini hanya mampu bersedekeh pada arwah, paling paling kurang pun bacalah Al fatihah.Moga arwah di tempat di kalangan orang-orang yang beriman.

Aminn


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...