Skip to main content

Akhirnya Berjaya Pujuk Suami Untuk Injeksi Hepatitis B

Beberapa minggu lepas suami Ms J ada telah melakukan injection untuk Hepatits B. Setelah berkali kali di leteri oleh si isteri, baru beliau bersedia untuk di cucuk.huhu.



Alhamdulillah terbuka juga hati suami Ms J untuk mendapatkan vaksinasi ini. Bukan apa taw bila dah terkena penyakit Hepatitis B ini sudah tidak boleh di rawat lagi.

Sebab itu kita di galakkan untuk mengambil suntikan vaksinasi ini.Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati.

Vaksinasi ini boleh mencegah daripada virus hepatitis B daripada menyerang badan kita. Setakat ini, tiada ubat bagi merawat hepatitis B ni taw, apa yang ada hanyalah vaksinasi untuk hepatitis B.

Maka buat sesiapa yang masih belum melakukan suntikan Hepatitis B ini, cepat-cepat dapatkan segera ye.

Buat mereka yang masih tidak tahu lagi apa itu Hepatitis B sebenarnya meh baca ini.

Apa itu Hepatitis B

Hepatitis B adalah sejenis virus yang selalunya menyerang hati. Penyakit ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu 'acute hepatitis B dan kronik hepatitis B'.

Acute hepatitis B bermaksud hepatis B berlaku dalam masa yang singkat, dan ianya  masih boleh di rawat.

Namun berbeza pula dengan chronik hepatitis B. Kronik hepatitis B berlaku dalam masa yang panjang dan boleh merosakkan organ hati kita.

Ada juga mereka yang mengalami hepatitis B tanpa mereka sedari.Ini kerana hepatitis B tidak memberikan sebarang tanda atau simptom.

Punca Hepatitis B

Hepatitis B boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca.Biasanya virus ini terjadi apabila berlaku sentuhan darah atau cairan bersama mereka yang mengalami Hepatitis B

Antaranya adalah:

Melakukan hubungan seks bersama mereka yang mengalami hepatitis B tanpa menggunakan sebarang perlindungan

Berkongsi alatan seperti berus gigi, jarum bersama mereka yang mengalami hepatitis B.

Melakukan tatto yang mana alatan tidak di sterile kan.

Simptom-Simptom Hepatitis B

Seperti yang Ms beritahu tadi, biasanya mereka yang mengalami hepatitis B tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom.

Malah ada juga yang tidak tahu mereka sebenarnya mempunyai hepatitis B ini.

Ini adalah antara tanda-tanda dan simptom hepatitis B:

➜Merasakan sangat letih
➝Demam
➝Sakit kepala
➝Tiada selera makan / sakit perut
➝Tidak selesa pada perut
➝Air kencing berwarna gelap
➝Mata dan kulit berwarna kuning

Malah ada juga mereka yang mengalami hepatitis B yang kronik tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom!

Jadi salah satu cara yang kita boleh mendiagnosis adakah kita penghidap hepatitis B adalah dengan melakukan ujian darah.

Pergilah buat saringan ujian darah di mana-mana klinik kesihatan, tak kisah la klinik kerajaan atau swasta. 

Buat suami Ms J masih lagi berbaki 2 injection.Opps vaksin ini kena cucuk tiga kali ye.Dose pertama, kedua dan ketiga.

Tunggu lagi sebulan nak cucuk dos yang kedua.Buat korang yang masih belum mendapatkan injektion ini, jangan lupa dapatkan segera ye..hehe







Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...