Skip to main content

Cara Nak Dapatkan Kulit Yang Lebih Muda


 Bila orang kata kita ni nampak muda atau awet muda,happy kan.Rasa seronok sangat. Walaupun umur dah berusia, tapi masih lagi nampak muda.

Tapi kalau orang cakap kita ni nampak berusia daripada usia sebenar, mesti rasa sedih kan..haha.Jadi, pada hari ini Ms J nak berkongsi dengan korang macam mana cara nak dapatkan kulit yang lebih muda.

Orang kata nak kulit nampak muda, makan produk itu, produk ini.Tapi last last kita pun pening tak tahu nak makan produk mana.

Senang je, korang kena la ambil tahu serba sedikit, macam mana sesuatu produk tu boleh menjadikan kulit korang lebih muda.

Jadi, pada harini ini, Ms J nak berkongsi salah satu bahan yang boleh membantu masalah penuaan kulit adalah polifenol.

Korang pernah dengar tak polifenol ini? Kalau tak pernah, samalah macam Ms J ni.Kalau bukan join shaklee, memang tak tahu pun la polifenol ini apa.

Polifenol ini boleh dikatakan 'power' la untuk kulit. Ianya bagus dalam menjadikan menghentikan penuaan dengan mengurangkan kedutan dan garis halus, mengurangkan pembentukan pigmentasi dan dan menjadikan kulit lebih tegang dan anjal.

Jadi, macam mana polifenol ini bertindak menjadikan kulit kita lebih awet muda?Inilah yang Ms J nak berkongsi sekarang ini.

Tiga Fungsi Polifenol Untuk Kulit Lebih Muda

1. Menghentikan Penguraian Kolagen dan Elastin

Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu meneutralkan radikal bebas yang menguraikan kolagen dan elastin dan seterusnya mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. 

 Dengan polifenol yang bertindak sebagai penghalang radikal bebas,kolagen baru boleh dibentuk dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk kulit yang lebih sihat.

2. Melindungi Dari kerosakan Akibat Pendedahan Kepada Matahari

Polifenol membantu melindungi daripada kerosakan UV yang memusnahkan  kolagen dan elastin pada kadar yang lebih cepat. 

Ia juga mebantu mengurangkan keradangan dan seterusnya meningkatkan seri kulit.

3. Menghalang Pembentukan Protein AGE

Produk Advanced glycation end (AGE) adalah sebatian berbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan.

Tahap yang tinggi telah menunjukkan bahawa ianya menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menyumbang kep ada pengurangan keanjalan, kedutan,dan penuaan yang lebih cepat. 

Polifenol membantu menghalang pembentukannya supaya anda boleh kelihatan lebih muda dan jelita.

Jadi, dah faham kan macam mana polifenol ini bertindak.So, lepas ni korang kalau mencari produk untuk kulit tu, jangan lupa cek tu dulu ada polifenol ke tak..hehe

Ms J 016 444 2685



Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...