Skip to main content

Autolife Insurance Untuk Kereta PertamaKu

 Autolife insurance? 

Siapa yang pernah dengar mengenai autolife insurance ini? Haa, Ms J pon pertama kali dengar mengenai autolife insurance.

Boleh tahu pasal autolife insurance sebab nak beli kereta.Almaklumlah ini kereta pertama Ms J. Umur dah 30an baru nak beli kereta.Sebelum ini guna kereta encik suami je.heeee

Jadi, minggu lepas Ms J ada pergi bank untuk sign loan agreement. Masa tu, tanya la juga dengan orang bank.Macam mana kalau dalam tempoh loan tu, saya meninggal? Adakah kereta ini perlu di bayar atau secara automatik tak payah bayar?

Masa inilah orang bank cerita mengenai autolife insurance.Ooo, ok juga tu.Sebabnya kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita sepanjang 9 tahun ini kan.Kalau masih lagi dipanjangkan umur, alhamdulillah.Tapi kalau kita dah takde, maka takdelah nak bebankan sangat orang lain nak bayar kereta kita tiap tiap bulan.

Dan, dengan asbab inilah Ms J bersetuju untuk ambil autolife insurance ini. Buat yang masih lagi tidak tahu, autolife insurance ini akan cover bila kita meninggal atau hilang upaya kekal, yang mana kita tidak boleh bekerja, maka kereta ini akan jadi automatik milik kita, tak payah dah nak bayar bulan bulan. 

Maka, tak yah dah nak pening pening kepala nak cari duit untuk bayar bulan bulan.Yang penting, kita tak perlu nak menyusahkan orang di sekeliling kita bila kita dah takde esok esok.

Kalau tanya, mahal ke nak buat autolife insurance ini? Bagi Ms J takde la mahal sangat pon. Macam Ms J sendiri loan kereta RM 71k, autolife insurance dalam RM 500++ je. Itupon sekali bayar sahaja, bukan setiap tahun taw. 


Sebenarnya tak sabar ni nak tunggu kereta baru. hehe. Almaklumlah kereta pertama. Harapnya dalam bulan ini dapatlah kereta tu.

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...