Skip to main content

Review Penggunaan Periuk Anti Lekat Shefu

Setelah sekian lama tak membeli periuk, akhirnya pada hari ini Ms J telah membuat belian periuk anti lekat jenama Shefu.




Bukan apa, periuk kat rumah yang anti lekat terjatuh, dah menyebabkan kemek dan pemegang tudung periuk juga telah patah.

So sad! Sebabnya itulah periuk kegemaran Ms J bila memasak. Nak beli yang sama macam periuk tu, tapi lupa dah jenama apa. Best sangat guna!

Jadi, cari punya cari, akhirnya Ms J terjumpa periuk jenama Shefu ni kat laman facebook. Terdetik kat dalam hati nak try sebab nampak colour periuk tu macam menarik kan.haha

Pada mulanya nak beli jenama Tefal, tapi bila cek balik, kebanyakkan jenama Tefal ini takde sekali penutup.

Jadi, kalau dah siap masak tu, leceh la tak penutup. Dan Ms J nekad beli jela Shefu ni sebabnya ianya di datangkan bersama penutup.

Ms J order kat laman web Shefu. Boleh rujuk sini>> shefu. Masa Ms J beli ni ada offer, jadi takde la rasa mahal sangat. Memang dalam bajet Ms J untuk beli periuk anti lekat bawah harga RM 100.

Dekat seminggu jugaklah, baru periuk anti lekat Ms J sampai. Lambat pun takpe sebab tak urgent pun nak pakai.Tapi bila dah sampai tu, excited lain macam.Macam tak sabarnya nak masak.haha

Tadaaa, inilah periuk anti lekat Shefu yang Ms J beli. Ms J beli yang ni,

SHEFU 24cm Ceramic Marble Triple Coating Casserole with Tempered Glass Lid







Rupanya besar saiznya. Ingatkan saiz 24 tu kecik. Besar dan agak dalam. Jadi, kalau nak masak untuk dua orang tu macam Ms J ni, rasa macam agak besar.

Apa yang best bila guna periuk anti lekat ni, adalah of course ianya tidak melekat. Haritu, Ms J masak kicap. Tumis bawang dalam periuk ni dan Ms J biarkan je tanpa kacau.Memang bawang tidak hangit dan tidak melekat.

Bukan itu je, Ms J juga ada masak rendang ayam dalam periuk ni. Ms J masukkan semua bahan yang diblender ke dalam periuk ini dan biarkan sahaja sehingga bahan masak dan pecah minyak. Dan tidak menyecewakan, ianya tidak melekat.

Bukan kata tidak melekat je, malah Ms J perasan bila masak guna periuk anti lekat Shefu ini, masakan jadi lebih menarik, contohnya seperti pecah minyak elok je. Kalau tak, sebelum ni Ms J dok masak guna kuali biasa, tak berapa ok pecah minyaknya.

Ada kaitan ke? haha...Ini apa yang Ms J rasa la ye. Tapi yang tak best tu, periuk ini mudah merecik minyak.Contohnya haritu Ms J ada tumis cabai kering untuk masak sambal. Dia punya merecik minyak tu,  sampai takut nak kacau sambal.Opps, lupa pula ambil gambar haritu

Sebab tulah bila Ms J masak sambal ini, Ms J tutup dengan penutup. Nanti,boleh nampak abis sambal kena kat penutup tu.Takpela, asalkan boleh masak pon dah cukup.

Jadi, secara kesimpulannya, apa yang Ms J rasa adalah berbaloi untuk beli periuk anti lekat jenama Shefu ini. Harga yang rendah dan mampu milik, yang mana semua orang boleh miliki.



Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...