Skip to main content

Cara Atasi Masalah Sembelit Ketika Berpuasa

Bulan ramadan sudah berlalu pergi. Kini syawal menjelma. Walaupun sambutan 1 syawal sederhana pada tahun ini, namun ianya cukup memberi makna buat Ms J.

Kali ini Ms J ingin berkongsi mengenai cara atasi masalah sembelit yang Ms J hadapi ketika puasa. Iya, bila puasa ini kita tak boleh minum atau makan pada siang hari. Jadi, masalah sembelit tu senang berlaku.


Bukan itu je, malah badan kita pon sedang mengalami perubahan ketika berpuasa. Sebab ini juga boleh berlakunya sembelit.

Macam mana nak atasi masalah sembelit ini? Habis tu tak payah puasa la, baru tak sembelit.

Salah tu.Tanggapan sebegitu adalah salah sama sekali. Ada caranya untuk kita elakkan sembelit ketika berpuasa.

Biasanya sembelit berlaku disebabkan oleh pengambilan cecair dan serat yang rendah. Ini adalah pengalaman Ms J, bila kita puasa, biasanya masa berbuka puasa sahaja kita ambil nasi dan air. 

Manakala, bila bersahur takde selera pula nak makan nasi. Hanyalah minum air.Itupun hanyalah segelas dua sahaja.

Memang tak cukup air dan serat.Dan sebab inilah sembelit terjadi!

Cara Atasi Masalah Sembelit Ketika Puasa

Jadi, apa yang Ms J buat adalah :

1. Minum air secukupnya

Minum air yang mencukupi semasa sahur dan berbuka. Janganlah minum sekali gus,nanti nak muntah pula. Cukuplah minum secara berkala. Contohnya setiap sejam segelas air masak.

2. Diet Kaya Serat

Kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan buah buahan dan sayur sayuran.Ini memang wajib setiap kali berbuka.Buah buahan dan sayuran adalah menu utama Ms J.

3. Vitamin 

Selain dua cara di atas untuk elakkan sembelit ketika berpuasa, Ms J juga amalkan pengambilan vitamin tambahan. Vitamin yang Ms J ambil adalah herbalax daripada shaklee, yang mana ia mengandungi daun senna, di mana secara tradisinya digunakan sebagai julap semualajadi.


Harapnya perkongsian Ms J ini dapat membantu anda untuk atasi masalah sembelit ketika puasa. Tiga cara yang cukup mudah untuk kita atasi masalah sembelit.Korang pon boleh praktikkan. 

Oh ya, kalau berminat dengan herbalax shaklee tu, boleh klik link di bawah ini ye.







Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...