Skip to main content

Kulit Kering-Apakah Puncanya?

Penampilan ini memberi impak juga pada personaliti kita. Kita akan menjadi konfiden bila penampilan kita kemas dan bergaya.

Betul tak?

Begitu juga dengan Ms J.Pada Ms J perkara utama yang orang akan nampak adalah wajah kita.Maka,Ms J akan pastikan wajah muka dalam keadaan terbaik apabila menghadiri sesuatu majlis.



Tapi,kalau ada masalah kulit kering agak membuatkan Ms J rasa hilang keyakinan. Kurang yakin untuk kenakan bedak atau mana mana foundation,memandangkan kulit kulit akan jadi tidak sekata.

Dan dengam asbab ini,Ms J ingin berkongsi dengan korang mengenai punca kulit kering ini.Bila kita dah tahu pun,barulah senang untuk kita mencari penyelesaiannya.

Punca Kulit Kering

Cuaca

Ya,cuaca memainkan peranan dalam masalah kulit kering.Pada musim sejuk,kulit mudah menjadi kering. Ini kerana pada musim ini,mempunyai kadar kelembapan yang rendah yang mana mempengaruhi keupayaan kulit dalam mengekang lembapan badan.

Persekitaran Yang Panas

Faktor persekitaran juga mempengaruhi kulit kering.Contohnya,pekerjaan kita yang sering terdedah dengan haba atau api boleh menurunkan kadar kelembapan persekitaran.

Mandi Air Panas

Mandi dengan air panas adalah sesuatu yang menyeronokkan.Tapi,tahukan kah kita mandi air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Bahan kimia yang terdapat di dalam sabun dan pencuci baju

Bahan pencuci baju dan sabun dirumus khas untuk menanggalkan minyak pada permukaan kulit kita.Tapi, sebenarnya ia boleh menjadikan kulit kita kering dan bersisik.

Usia

Faktor usia memang tidak boleh dinafikan lagi.Semakin kita berusia,kulit kita akan kehilangan kolagen dan semakin kendur.Malah ianya juga boleh menjadi kering.

Pekerjaan

Pekerjaan seperti jururawat dan pekerja salun,yang kerap mencuci tangan dengan sabun juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Jadi,secara kesimpulannya, kulit kering boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor.Jadi,kita kena kenal pasti faktor yang mana yang menyebabkan kulit kita menjadi kering.

Ms J nak kongsi juga kisah Ms J dengan kulit kering.Boleh klik >> kisah Ms J

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...