Skip to main content

Tips Cegah virus Corona dengan Mudah

Ms J percaya ramai lagi yang terkejut dan terkesan dengan penularan virus corona yang telah melanda negara kita Malaysia.

Ms J salah seorang daripada warganegara yang terkesan, yang mana Ms J terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama dua minggu.

Dan jika virus ini masih lagi menular, mungkin tempoh cuti akan dipanjangkan lagi.Allah, minta minta di jauh.

Doa Ms J moga bermula bulan depan, semua virus corona dapat dihapuskan dan tiada lagi virus ini merebak di seluruh Malaysia, malah seluruh dunia!

Jadi, hari ini Ms J nak berkongsi beberapa tips yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan virus ini daripada terus merebak.

Tips Mencegah Corona Virus

1. Kerap basuh tangan

Perkara yang muah yang boleh kita lakukan adalah dengan kerap basuh tangan. Kerapkan basuh tangan sebelum dan selepas melakukan sesuatu pekerjaan. 

2. Pakai mask bila batuk dan bersin

Kita kena pakai mask terutamanya bila kita batuk dan bersin. Sebabnya virus corona ini boleh merebak dengan senang bila kita batuk dan bersin.

3. Jaga Jarak

Jika kita berada di kalayak ramai, sebolehnya kita jaga jarak antara satu sama lain. Ini kerana virus corona boleh kena kepada sesorang melalui titik pernafaan. Seeloknya, jagalah jaga 1 meter antara satu sama lain.

4. Kuatkan imum sistem badan

Ini adalah salah satu cara yang kita boleh lakukan, dengan mengambil vitamin c.Seperti kita tahu, vitamin c ini berfungsi untuk menguatkan imunisasi badan kita. Bila imunisasi badan kita kuat, maka badan kita boleh melawan virus ini.

Macam Ms J sendiri, Ms J memang mengamalkan vitamin C daripada shaklee. Sangatlah jimat, sebab 1 botol mempunyai 180 tablet, yang mana boleh bertahan sehingga 6 bulan!

Comments