Skip to main content

Perintah Kawalan Pergerakan Ada Hikmahnya!

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan isu corona virus yang telah melanda China pada hujung tahun 2019, tapi sekarang corona virus in telah melanda Malaysia,yang mana telah menyebabkan 11 kematian setakat harini.

Kalau tak silap Ms J virus ini adalah antara virus yang terburuk yang telah menimpa negara kita, jika hendak dibandingkan dengan virus MERS dan SARS dahulu.

Dan dengan asbab corona virus ini juga kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu, bermula 18 March hingga 31 March ini.

Sepanjang hidup Ms J, ini adalah pengalaman pertama melalui fasa perintah kawalan pergerakan. 

Hebat tak hebat corona virus ini, boleh dikatakan semua syarikat / kedai diarahkan tutup bagi mengekang penularan virus corona ini.

Yang buka hanyalah perkhidmatan keperluan, seperti hospital, klinik, tnb, dan sebagainya. Bagi Ms J pula, syarikat Ms J masih beroperasi seperti biasa, namun Ms J tetap tidak boleh menjalankan kerja seperti biasa memandang tadika anak anak semua tutup.

Bagi Ms J, perintah kawalan pergerakan ini ada baiknya juga. Pertama, inilah masa yang ada selama dua minggu untuk habiskan melayan kerenah anak anak.

Bukan itu sahaja, malah masalah inilah untuk hilangkan rasa stress kerana tak perlu nak bersesak, mengejar masa pepagi untuk pergi kerja.

Alhamdulillah!

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia, tolonglah akur dengan perintah kerajaan supaya ' stay at home'.Cuti dua minggu ini bukanlah masa untuk kita merayau, melepak dan sebagainya, tapi gunakan lah cuti ini untuk kita berehat dan bersama keluarga tersayang.

Moga kita semua dijauhkan daripada virus corona ini.Dan harapan dan doa Ms J adalah moga Malaysia, malah satu dunia bebas daripada jangkitan virus corona ini. Aminn!


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...