Skip to main content

Pengalaman Temuduga Spa Sebagai Juruxray

Assalamulaikum dan selamat pagi!

Hari ini Ms J nak bercerita mengenai pengalaman di temuduga SPA untuk jawatan juruxray gred u41. Sebenarnya agak menyedihkan juga la temuduga SPA kali ini.

Pada mulanya agak gembira dan over excited pun ada. Sebab tak sangka akan lulus ujian PSEE tu. Dan Ms J adalah antara 198 calon yang akan di temuduga nanti. Rasa bangga kejap!haha



Ingatkan ada la juga rezeki nanti, tapi tula kuasa Tuhan tiada siapa boleh menyangkal.Sebenarnya kisah temuduga Ms J ini begini.

Bila masuk je bilik temuduga, panel temuduga suruh Ms J memperkenalkan diri.Selepas usai memperkenalkan diri, panel terus tanya pekerjaan Ms J sekarang apa.

Bila Ms J jawab je pekerjaan Ms J, beliau terus tutup file Ms J dan meminta maaf. Katanya pekerjaan Ms J sekarang ini sudah cukup bagus, dan tak perlulah untuk menjadi juruxray.

Terus di tolak permohonan Ms J dan beliau beri balik file kepada Ms J.OMG! Ms J terkedu seketika.Pada waktu itu, tak tahu nak cakap apa. Sebabnya dalam kepala otak ini dah macam macam jawapan tersedia.

Tapi tetiba panel temuduga cakap sebegitu, terus rasa down.Sungguh, Ms J rasa kecewa pada waktu. Bayangkan, Ms J datang dari jauh, dah bersedia untuk di temuduga dah.Dan tiba hari kemudian, panel suruh balik dan stay dengan kerja sekarang.

Rasa sedih yang amat sangat.Kalau la Ms J tahu, semua ini akan berlaku, Ms J tak datang temuduga pun tak pa. Tapi tula, siapalah kita ini, hanyalah manusia biasa.

Tapi bila di fikirkan balik, betul juga apa yang panel tu cakap. Mungkin jika Ms J di ambil bekerja, suatu hari nanti Ms J akan menyesal balik menjadi juruxray, kerana kerja penat, dan nak kena belajar banyak benda.

Terus Ms J pujuk hati ini untuk bersangka baik.Alhamdulillah.Tuhan masih sayangkan Ms J, sebab itulah Tuhan tak bagi kerja sebagai juruxray tu.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

 Moga ada rezeki yang lebih baik lagi selepas ini.Aminn!


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...