Skip to main content

5 Persoalan Mengenai Vitamin C Yang Ramai Tidak Tahu

Rasanya dalam banyak banyak vitamin, vitamin C lah yang paling famous kan? Cakap je vitamin C, ramai yang kenal. Almaklumlah vitamin c ni memang sinonim untuk cantik.

Jadi, hari ini Ms J nak ungkaikan beberapa persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya pada kita semua mengenai vitamin c. 

Persoalan Mengenai Vitamin C


1. Adakah lebih baik untuk mengambil vitamin c dalam dos yang besar sekaligus atau dalam dos yang sedikit sedikit sepanjang hari?


Jawapan :

Vitamin c ini tidak dihasilkan atau disimpan dalam badan. Jadi, kita harus ambil vitamin c dalam diet seharian kita.

Walaupun kita ambil vitamin C dalam dos yang besar, badan hanya menggunakan yang perlu sahaja vitamin c. Selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing. 

Jadinya adalah lebih baik jika kita ambil vitamin dalam dos yang sedikit tapi berpanjangan sepanjang hari,

Tapi, jangan risau tentang vitamin c shaklee. Sebabnya vitamin c shaklee ini bersifat sustained release, yang mana setiap satu jam hanya 100 mg vitamin c sahaja yang dilepaskan selama 5 jam.

2. Saya mengamalkan diet yang sihat dengan mengamalkan pengambilan sayuran dan buah buahan. Adakah saya perlu lagi ambil supplement vitamin C?


Jawapan:

Kandungan vitamin C dalam buah buahan dan sayuran mungkin berbeza, terutamanya selepas dibasuh, dipotong, di masak. 

Untuk dapatkan 500 mg vitamin c, kita perlu mengambil 7.5 biji buah oren / 6 cawan brokoli / 119 batang karrot sehari.

Rasanya agaknya mustahil la kan, tambah lagi dengan harga yang agak mahal. Jadi, nak senang ambil je supplement vitamin C shaklee 500 mg , yang mana berharga RM 0.43 sen per tablet.

3. Saya salah seorang pesakit gastrik.Adakah selamat untuk ambil vitamin C? 


Jawapan:

Boleh, sebabnya sumber vitamin c ini diekstrak daripada sumber yang berbeza beza. Malah, ianya tidak mencetuskan gastrik ke arah lebih terus. 

Contohnya, vitamin C daripada shaklee ini diekstrak daripada jagung, yang mana kurang acidity dan sangat lembut pada perut.

4. Berapa banyak vitamin C yang boleh diambil seharian?


Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan maximun pengambilan vitamin adalah 2000 mg / sehari. Tapi,mengikut kajian yang  dijalankan oleh Institue of Medicine ( IOM), bahawasanya pengambilan vitamin c 3000 mg/sehari boleh mengurangkan risiko toxic dalam badan.

5. Vitamin C shaklee sustained release ditambah dengan bioflavonoid. Apakah itu bioflavonoid?

Jawapan:

Bioflavonoid ini adalah sejenis antioksidan yang semulajadi yang ada dalam buah. Biasanya kita akan buang kulit buah oren kan, sebenarnya kulit itu lah yang sangat kaya dengan bioflavonoid.

Bioflavonoid ini berfungsi dengan melindungi vitamin c daripada teroksida.Maka, dengan sebab itulah kita dapat kesan yang optimum dengan pengambilan vitamin c.





Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...