Skip to main content

Salam Aidilfitri 2019

Rasanya belum terlambat untuk Ms J ucapkan selamat hari raya aidil fitri untuk semua. Baru sempat, setelah berhari hari pergi beraya, lupa nak update hari raya kat sini.hehe

Ini adalah kelaurga belah suami

Tahun ini Ms J beraya di rumah mak mentua di Pulau Pinang. Iyala, tahun lepas dah beraya di Kelantan, maka tahun ini giliran umah mak mentua la pulak.

Bersama mak mentua

Kalau orang tanya, tak sedih ke tak beraya dengan keluarga? Sebenarnya sedih la jugak. Tapi nak buat macam mana. Belah suami pun ada keluarga jugak.

Kenalah adil. Bergilir gilir gitu. Alhamdulillah tahun ini tahun kelima perkahwinan kami, so far takde lah nak gaduh nak balik beraya kat mana.

Kami sepakat untuk bergilir gilir, ikut turn. Alhamdulillah dua dua belah keluarga pun ok. Syukur Ms J di kurniakan keluarga mentua yang baik, seolah olah dah macam keluarga sendiri dah.

Tahun ini kami berempat beraya bersama

Raya aidil fitri 2019

Tema raya kami tahun ini adalah dark green. Tema ini pun mak mentua yang pilih, bukan Ms J taw. Beli baju semua mak mentua yang belikan.

Cuma baju Ms J je tak, sebab takut nanti tak muat pulak time raya. Jadi, tahun ini Ms J beli baju raya yang dah siap.Semua beli online je.

Seronok ke tak raya tahun? Haa, dah tentu la seronok. Beraya tak berhenti. Dari raya pertama hinggalah raya ke empat, tak duduk diam. Ada je pergi beraya sana sini.

Ini pula adalah adik ipar

Raya kelima baru duduk rumah, tu pun sebab ada orang nak datang beraya kat umah. Jadi, mak mentua buat keputusan raya kelima tu buat makan sikit sikit, nak jamu adik beradik belah mak dan ayah mentua nak datang beraya.

Lastly kami decide buat kuew tiew tomyam. Ms J hanya tukang potong bahan bahan seperti sayur je. Yang masak adalah suami Ms J.haha

Sebabnya Ms J ni tak pandai sangat masak tomyam. Kalau Ms J yang masak mesti ada je yang tak kena tekak si suami tu. Dan sebab itulah Ms J suh dia je masak.

Alhamdulillah, lima bungkus kuew tomyam habis licin. Semua puji cakap sedap. Haha dan yang kelakar tu ramai yang ingatkan Ms J yang masak.Mampu senyum je lah.haha

Ini adalah kakak da adik Ms J yang beraya di Kelantan
Dah habis beraya, maka mulalah masuk keje kembali. Rutin harian dah bermula. Bangun pagi, setel barang anak anak nak ke sekolah dan pergi kerja.

Oh, rindunya nak throwback cuti hari raya. Harapnya, tahun depan dapatlah berjumpa raya lagi. Dan yang lagi gembira, tahun depan dah beraya berlima, bukan berempat lagi!


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...