Skip to main content

5 Kepentingan Minyak Ikan Omega 3 Yang Ramai Tidak Tahu!

Kebaikan minyak ikan omega 3 ini banyak. Memang tak boleh nak sangkal lagi. Terutamanya untuk masalah kolestrol tinggi dan masalah jantung. Minyak ikan omega 3 ini memang terbaik!


Eh, minyak ikan omega 3 ini bukan kata untuk masalah dua ini sahaja taw. Banyak lagi sebenarnya kepentingan minyak ikan omega 3 ini.

Rata rata daripada kita masih tidak tahu akan kepentingan minyak ikan omega 3 ini. Jadi, hari ini Ms J nak berkongsi lagi mengenai 5 kepentingan  minyak ikan omega 3 yang ramai lagi tidak tahu.

Kepentingan Minyak Ikan Omega 3 


1. Kuatkan Tulang dan Sihatkan Sendi


Seperti yang kita tahu, semakin kita berusia, macam macam sakit yang datang.Antaranya adalah sakit lutut. Betul tak?

Antara contoh terdekat yang kita boleh tengok adalah mak atau nenek kita. Selalu kalau orang tua je, memang tak terlepas daripada sakit lutut.

Dan dengan sebab itulah kita perlukan minyak ikan omega 3 ini. Minyak ikan omega 3 ini bertindak  sebagai ' anti-inflammary' atau dalam bahasa mudahnya adalah anti radang.

Bila adanya minyak ikan omega 3 yang mencukupi, ianya membantu dalam mengurangkan sakit akibat daripada keradangan tersebut.

Bukan itu sahaja taw, minyak ikan omega 3 ini juga boleh bantu kuatkan tulang. Sebenarnya minyak ikan boleh bantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.

Bila kalsium cukup, maka tulang kita akan jadi kuat.

2. Kekalkan Kesihatan Mata


Retina mata kita memerlukan DHA untuk bantu dalam penglihatan yang baik. Jadi,bila kita ambil minyak ikan omega 3 yang sangat kaya dengan DHA ini, ianya membantu mengekal tahap DHA yang diperlukan oleh mata.

Selain itu, omega 3 ini bantu untuk alirkan pengeluaran 'intraocular fluid' daripada mata, sekaligus dapat mengurangkan risiko tekanan tinggi pada mata dan glaucoma.

3. Baik Untuk Kekalkan Sistem Imum Badan


Biasa kita dengar, sistem imum yang baik adalah dengan mengambil vitamin c kan. Haa, jangan terkejut pula kalau Ms J bagitahu ini, minyak ikan omega 3 juga bagus untuk bantu kekalkan sistem imum badan yang sihat.

Seperti yang Ms J katakan tadi, omega 3 ini bertindak sebagai anti radang. Keradangan yang berpanjangan disebabkan oleh stress, diet atau cara hidup boleh menyebabkan kerosakan pada tissue badan yang mana boleh mengakibatkan pembengkakan.

Jadi dengan adanya minyak ikan omega 3 yang bertindak sebagai antiradang tadi, maka sangatlah membantu dalam masalah ini.

Lagi satu, DHA dan EPA yang terdapat pada minyak ikan omega 3 ini boleh membantu memperbaik fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, melawan infeksi dan sekaligus menguatkan imum badan!

4. Baik untuk Fungsi Otak Dan Mood 


Minyak ikan yang kaya dengan omega 3 ini sangatlah bagus untuk fungsi. Sebabnya asid lemak omega 3 ini adalah makanan kepada otak

Jadi, bila otak kita dapat makanan yang mencukupi maka, ia dapatlah bekerja dengan baik.

Bukan itu je taw, malah minyak ikan ini juga boleh bantu kawal tahap kortisol ( stress hormon) .Jadi, takdelah istilah moody je kan.

5. Kurangkan Berat Badan Secara Sihat


Kajian mendapati senaman dan  diikuti juga dengan pengambilan minyak ikan mampu mengurangkan berat badan. Ini sebabnya minyak ikan omega 3 membantu dalam mengstimulasi enzim yang menukarkan lemak kepada tenaga.

Malah, minyak ikan omega 3 juga membantu meningkatkan metabolisma badan. Jadi, kita akan lebih cepat untuk bakar lemak, makanya berat badan pun akan berkurang.

Inilah dia 5 kepentingan minyak ikan omega 3 yang ramai lagi tak tahu. Jadi, kalau dah tahu, meh la amalkan minyak ikan omega 3 ini.

Salah satu minyak ikan omega 3 yang boleh kita ambil adalah minyak ikan omega guard shaklee, yang mana Ms J adalah salah seorang pengguna!







Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...