Skip to main content

Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan

Minggu lepas, Ms J sempat balik kampung. Alang alang dah balik kampung, maka saja je nak pergi bercuti di Kelantan ini.

Sebenarnya ini adalah kali pertama Ms J bercuti di Kelantan. Tempat yang Ms J pilih kali ini adalah Tok Aman Beach Resort yang terletak di Pasir Puteh Kelantan.


Pemilihan tempat resort kali ini Ms J pilih saja di booking.com. Kalau nak lagi senang, buka je kat trivago, dan boleh bandingkan harga resort ini. Maka, korang boleh pilihlah dengan harga yang murah.

Biasalah sebelum nak tempah Tok Aman Beach Resort ini, Ms J buatlah survey dulu. Kat laman sosial ramai yang kata best, dan Ms J juga boleh tengok ramai yang bagi rating 4 @ 5 bintang.


Maka, tak ragu ragu lagi. Terus Ms J tempah resort ini. Kali ini Ms J tak tempah bilik yang untuk dua orang, tapi bilik untuk family, iaitu family deluxe room

Family deluxe room ini mempunyai sebuah katil king dan katil single, sebuah kerusi panjang, tv, meja bekerja dan dilengkapi dengan penghawa dingin.

Bilik ini juga disediakan dengan balkoni, balkoni yang Ms J pilih ini berhadapan dengan tasik. Eh lupa, bilik ini berada di block C.


Sebenarnya Ms J agak menyesal juga pilih block C di tingkat 2 ni. Sebabnya jauh nak berjalan ditambah lagi dengan dukung si baby Johan. Agak penat juga nak jalan hingga ke parking kereta.

Kalau tahu, Ms J pilih tingkat bawah je.huhu. Takpelah, dah pilih, terpaksalah duduk. Next time boleh pilih tingkat bawah je.


Kat sini ,Ms J tak buat apa pun. Opps untuk pengetahuan semua, resort ini berhadapan dengan pantai tok Bali. Tapi memandangkan ombak pantai yang cukup kuat, maka Ms J pilih untuk stay kat bilik sahaja.

Tak berani nak pergi bermain di pantai. Tambah lagi dengan anak anak kecil. Memang kerja di dalam bilik sahaja sambil menikmati pemandangan tasik di hadapan balkoni bilik.

Keesokan harinya lepas breakfast, kami berjalan jalan di sekitar resort. Untuk pengetahuan semua, resort ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti, seperti kayak, berbasikal, waterball, fishing road dan banyak lagi.






Memandangkan kolam renang di resort ini dalam proses pembaik pulih, maka, dorang bagi kami percuma untuk menikmati kayak dan berbasikal.



Tapi memandangkan anak kecil ,nak berkayak tu memang takla. Maka, kami berbasikal sahaja la. Okla tu dah pecah peluh di pagi hari.


Lepas tu kami naik ke bilik, bersiap siap dan kemas bilik untuk check out. Alhamdulillah percutian 2 hari 1 malam di sini sangatlah seronok dan yang pasti hilang semua masalah yang membelenggu di kepala ini.

Korang yang merancang untuk bercuti di sini, Ms J ucapkan selamat bercuti!










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...