Skip to main content

7 Punca Penyebab Kepada Rambut Gugur

Masalah rambut gugur ini dah biasa berlaku. Seharian pasti ada je rambut gugur yang bergelandangan di atas lantai. Kadang kita tak perasan, tapi bila menyapu sampah baru kita perasan kan?



Bukan itu je, kalau dalam bilik air tu, boleh nampak penuh je dengan rambut. Tu maknanya anda mengalami masalah rambut gugur tanpa anda sedari.

Sebelum kita merawat rambut gugur, maka elok juga kita ketahui, punca berlaku nya masalah rambut gugur ini.

Maka, di sini Ms J nak kongsikan 7 punca rambut gugur yang sering kita alami, dan mungkin juga punca ini kita tidak perasan dalam seharian kita.

Punca Rambut Gugur

Tertekan / Stress

Semua orang ada masalah tertekan atau stress ini. Tak kisahlah stress di tempat kerja atau di rumah. Boleh dikatakan majoriti daripada kita akan menghadapi masalah stress ini.

Tapi,sebenarnya stress ini tak elok taw untuk kesihatan kita. Bukan kata untuk kesihatan je, malah stress juga menjadi punca kepada masalah rambut gugur.

Ya, stress ini boleh menyebabkan rambut gugur. Cuma kita je tak perasan. Last last bila rambt dah botak baru kita perasan rambut gugur.

Jadi, korang kalau stress tu cuba atasi atau cari jalan penyelesaian yang betul agar stress ini tidak berpanjangan, yang mana boleh menyebabkan punca berlakunya rambut gugur.

Terlebih Mendandan Rambut

Jika anda adalah salah seorang yang suka menggayakan rambut, berhati hati. Kadang kadang kita perlu biarkan rambut begitu sahaja, tanpa di ikat ketat , sebab ianya boleh mengurangkan rambut gugur.

Salah satu punca rambut gugur adalah diikat terlalu ketat sepanjang hari. Dan sebab itulah kadang kadang kita perlu biarkan sahaja rambut tanpa diikat.

Folikel Rambut Tersekat

Rambut yang sihat memerlukan akar yang sihat. Bila akar rambut sihat, maka pertumbuhan rambut akan sihat dan risiko rambut gugur pun akan kurang.


Tapi bila kulit kepala tidak sihat, lalu bagaimana rambut ingin tumbuh dengan subur. Lantas, rambut pun mula gugur.

Dan dengan sebab itulah kita hendaklah menggunakan produk yang betul agar rambut kita kekal sihat dan masalah rambut gugur ini berlaku

Diet

Ya, faktor diet boleh menjadi punca kepada masalah rambut gugur. Orang kata kita adalah apa yang kita makan. Kalau kita makan memilih, dan tidak mengambil zat makanan yang mencukupi, jadi macam mana rambut kita untuk membesar dengan sihat.

Rambut kita diperbuat daripada protein, jadi ianya memerlukan protein yang lebih untuk hidup sihat. Bukan itu je, rambut juga perlukan nutrient lain seperti omega 3, vitamin A, vitamin D, vitamin E, dan zinc.

Jadi, sebagai langkah untuk dapatkan rambut yang sihat, dan hapuskan punca rambut gugur ini, maka ubahlah diet anda harini. Mulai hari ini ambillah makan yang sihat yang mengandungi kesemua nutrient.

Anemia

Kekurangan zat besi berkait rapat dengan rambut. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, yang mana boleh menyebabkan rambut jadi keras.

Pernah kan kita sebagai perempuan mempunyai rambut keras macam penyapu dah. Itu normal, terutamanya bila datang bulan,banyak zat besi yang hilang.

Zat besi ini datangnya dari sumber deging merah. Jadi, mereka yang vegetarian tu memang tinggi risiko untuk dapat anemia. Bila pengambilan zat besi dah kurang, jadi macam mana rambut nak tumbuh dengan sihat kan.

Bila rambut banyak yang tidak sihat, maka banyaklah nanti rambut gugur.

Melahirkan anak

Bila kita melahirkan anak, perasan kan banyak sangat rambut gugur. Itu normal, sangatlah biasa buat wanita yang melahirkan anak. Ini kerana terdapat perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin.

Jangan risau, sebab ianya akan kembali normal seperti biasa.

Perubahan Contraceptive

Bila kita menukar atau berhenti daripada mengambil pil perancang, perasan tak rambut kita akan gugur. Ini kerana pertukaran pil perancang boleh menyebabkan perubahan pada hormon.

Jadi, kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mendapat rambut yang sihat.Bukan itu sahaja, kita perlu memilih shampoo yang betul untuk memastikan rambut kita kekal sihat dan bermaya.

Nak tahu shampoo yang terbaik? Meh tengok ni >>> Merawat rambut gugur








Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...