Skip to main content

Pencuci Muka Organik Pilihan Hati Saya

Rasanya rata rata daripada kita tercari cari pencuci muka organik.Iyalah, pencuci muka organik lebih selamat dan sudah tentu bebas daripada bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit muka kita.

Jadi, korang dah jumpa ke pencuci muka organik pilihan hati korang? Kalau belum jumla lagi, meh cuba pencuci muka organik daripada shaklee ini.Namanya Luminous Gel Oil Cleanser.

Eh, kalau korang pengguna pencuci muka yang lain pun boleh juga cuba.Sebab apa taw Ms J sarankan korang cuba juga pencuci muka ni, sebabnya inilah salah satu pencuci muka organik yang Ms J pernah guna!

Sangat puas hati dengan pencuci muka ini.Jangan risau sebab ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Yang ada masalah jerawat, jeragat, kulit berminyak lagi lah Ms J sarankan untuk guna pencuci muka organik ini.

Luminous Gel Oil Cleanser ni sangatlah menarik. Antara sebabnya adalah ianya free foam. Maksudnya ia tidak berbuih seperti pencuci muka yang lain.Kalau korang dah biasa guna pencuci muka yang lain mungkin korang tak biasa dengan pencuci muka organik macam cleanser ini.

Keduanya, ianya jauh berbeza dengan pencuci muka yang lain.Kalau perasan, lepas guna sebarang pencuci muka jenama lain muka kita akan rasa tegang.Malah nak senyum pun takut kan, nanti crack pula.Haaa Ms J juga pernah alami perkara yang sama.

Tapi dengan pencuci muka organik ni, takde dah masalah macam tu.Sebaliknya lepas mencuci muka, kita akan rasa kulit muka lebih lembut dan licin.Tak tahu nak gambarkan, sebab tulah korang perlu cuba.Korang kena rasa sendiri baru tahu!

Bukan itu je, pencuci muka organik daripada shaklee ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaternkan dari polifenol serta alga untuk memperhaluskan dengan lembut, menyuci dan menyediakan kulit muka untuk langkah seterusnya.


Eh, kalau nak cerita mengenai kelebihan pencuci muka organik ni, sangatlah banyak.Nanti Ms akan sambung lagi di entry akan datang.Harapnya dengan ini dapat membantu korang yang tercari cari pencuci muka organik yang terbaik.>>> Kelebihan Pencuci Muka Youth Shaklee

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...