Skip to main content

Lunch Di Sakae Shushi

Assalamualaikum.

Kali ini Ms J nak berkongsi lunch di Sakae Sushi kat Sunway Karnival Seberang Jaya. Sebenarnya lunch ini tak plan pun, main terjah je. Boleh pula gitu kan?haha

Ini semua kawan angkara kawan Ms J yang ajak. Sebenarnya kami tak tahu nak makan apa lunch. Dok berkira kira beberapa tempat untuk makan, last last makan di Sakae Sushi ini.

Sebenarnya inilah adalah pengalaman pertama Ms J makan di Sakae Shushi ini. Ingatkan tempat ini tak halal, sebabnya kat dalam semua penuh dengan orang cina.

Tapi, bila tengok ada beberapa orang pekerja Melayu, terus yakin, halal!haha. Almaklumlah pertama kali kan.

Nak pilih menu pun berjam. Sebabnya tak tahu nak order apa, dan tak tahu apa yang sedap. Akhirnya kami order yang set nasi + ayam. Tapi lupa dah nama apa. Korang pilih tengok kat menu nanti.

Air pula, kami hanya order yang Japanese tea. Rupanya kat sini air boleh refill taw. Hanya sekali bayar sahaja. Tengok jakun tak kami!haha

Ok. Inilah dia yang kami order. Satu chicken teriyaki dan satu lagi lupa dah nama apa..huhu. Ayam goreng tu, hasil daripada reward my digi. Maka, dapatlah harga istimewa. Oh, terima kasih digi!

Nampak je sikit, tapi sangat mengenyangkan. Portion untuk ayam tu besar juga. Dan rasa sangat berbaloi dengan harga sekarang. Lepas ni boleh lah datang lagi

Sushi yang kami makan

inilah bento kami, set nasi + ayam



Ini pula ayam goreng

Sekala sekala datang tempat macam ini best jugak. Hilang rasa stress dan penat bekerja.haha. Korang yang belum cuba, bolehlah cuba nanti ye.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...