Skip to main content

Vaksin Meningokokus Untuk Abah

Semalam mak ada telefon, bagitahu abah nak kena cucuk. Eh, bukan cucuk apa, cuma cucuk vaksin. Sebenarnya abah Ms J bakal menunaikan umrah hujung bulan ini.

Urusan semua dah hampir siap, cuma tunggu nak kena cucuk vaksin sahaja. Iyala, kalau tak cucuk vaksin ini risau juga. Ada masalah apa apa nanti takde lah membahayakan kesihatan.

Orang kata sediakan payung sebelum hujan.hehe. Sebenarnya abah Ms J ini susah sikit nak pergi hospital atau klinik.

Kalau sakit sekalipun, hanya ubat ubatan kampung jela. Memang susah nak ke hospital tu, jenuh nak pujuk. Pattern orang tua sangat kan.haha

Ni kalau bukan kerana nak pergi umrah, memang jauh panggang dari api la nak kena cucuk vaksin ini. Tu pun dah berapa kali tanya agent, tak boleh ke kalau tak cucuk vaksin ini.


Mujurlah, sekarang nak pergi umrah memang wajib cucuk. Nak tak nak memang kena cucuk vaksin la abah.haha.

Vaksin untuk ke umrah ini perlu sebenarnya. Ini adalah untuk mencegah daripada terkena masalah seperti meningitis.

Meningitis ini adalah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Meningitis juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Jangan pandang rendah pada meningitis ini, sebabnya meningitis boleh membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kecacatan pembelajaran dan boleh membawa maut!


Dan dengan sebab itulah kita digalakkan untuk mencucuk vaksin ini. Nama vaksin ini adalah meningokokus.Ianya di kelaskan kepada dua jenis, iaitu vaksin berkonjugat dan vaksin polisakarida.

Vaksin ini berpotensi mengurangkan pembawaan bakteria di dalam tekak dan mengurangkan penyebaran bakteria.

Dengan adanya vaksin meningokokus ini boleh meningkatkan imum badan kita dan mengurangkan risiko jangkitan bakteria.

Jadi, jika korang yang ada ingin menunaikan umrah tu, Ms J sarankan untuk dapatkan vaksin ini.Boleh hubungi mana mana klinik untuk dapatkan vaksinasi ini!

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...