Skip to main content

7 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi, Selamat Dan Tidak Berbahaya

Ms J ini dah dua kali berkunjung ke spa bulan ini semata mata kerana geram dengan jeragat degil. Banyak sangat jeragat di muka ini.Seperti tahi lalat dah Ms J tengok.

Sebenarnya dah lama jeragat ini menapak, degil sungguh sampai umur sekarang pun masih tidak hilang. Mana taknya, Ms J ini tak ambil langkah pun untuk menghilangkan jeragat ini.

Tapi bila umur semakin berusia, rasa kulit muka makin kendur dan bertambah kusam. Apatah lagi jeragat, rasa semakin banyak dan ketara tumbuh di muka.

Oh, Ms J sungguh stress bila tengok muka ini!Tengok orang lain yang mempunyai kulit muka yang sangat cantik dan flawless, jeragat sikit pun tak de di muka, lagi bertambah Ms J. Aduhh!

Maka hari ini Ms J nak berkongsi mengenai cara hilangkan jeragat degil ini. Ini adalah dengan menggunakan bahan semulajadi.Jadi, tak ada lah istilah mahal ke apa, cuma tinggal rajin nak buat tak tak je.Tapi kalau dah nekad nak jeragat ini hilang, mestilah kena juga buatkan.hehe

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi

Lemon


  • Banyaknya khasiat lemon ini. Bukan kata untuk bantu anak demam dan selsema je tapi untuk menghilangkan jeragat juga boleh
  • Sebab tulah lemon ini adalah antara perkara wajib yang perlu ada dalam peti ais dalam rumah. orang kata dah macam pertolongan cemas gitu.huhu
  • Lemon ini mempunyai vitamin C yang tinggi, dan ianya bagus untuk melunturkan kulit yang tidak sihat. orang kata lemon ini ala ala scrub gitu
  • Okla untuk menghilangkan jeragat dengan menggunakan lemon ini, senang je. 
  • Caranya adalah 
    • Dapatkan jus lemon dengan memerah buah lemon tadi. Kemudian gosok pada kulit dengan menggunakan bebola kapas biarkan selama 5-10 minit
    • Lakukan sekurang kurangnya 2 kali sehari untuk untuk beberapa bulan.Hasilnya pasti mengujakan anda.
  • Kedua, anda juga boleh membuat masker dengan lemon ini.
    • Campurkan saja doh lemon dengan madu, anggaran untuk kedua dua ini sama banyak je kuantitinya
    • Sapukan pada tempat berjeragat tadi. Tutup bahagian tadi dengan tuala suam sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekurang kurangnya seminggu sekali.

Ubi kentang


  • Haa jangan terkejut pula bila dengar ubi kentang ini sangat berguna dalam memudarkan jeragat dan sebarang bintik hitam pada kulit wajah.
  • Dengan menggunakan ubi kentang yang mentah taw, bukan yang sudah masak tu. Sebabnya ubi kentang ini dikatakan mempunyai enzim yang boleh membantu dalam mengatasi masalah kulit.
  • Caranya :
    • Kupas kentang dan buang kulitnya. Potong kepada beberapa bahagian. 
    • Kemudian, titiskan air pada ubi kentang tersebut, dan gosok pada bahagian kulit selama 5-10 minit
    • Bilas dengan air suam
    • Lakukan untuk setiap hari 

Betik


  • Betik ini mempunyai enzim, yang dikenali sebagai papain
  • Papain ini dikenali juga sebagai agen penggelupasan sel kulit mati yang sangat bagus dan memberikan ruang pada sel kulit kita untuk menghasilkan sel kulit yang baharu yang sihat.
  • Yang ada masalah kulit kering pun sangat bagus amalkan betik ini. Sebabnya betik boleh bantu menjadikan kulit lebih halus dan lembut.
  • Bukan itu sahaja, malah betk juga mempunyai antioksidan yang tinggi yang mana boleh menjadikan kulit nampak awet muda dan berseri
  • Caranya :
    • Campurkan 2 sudu besar betik yang telah dikisar bersama 1 sudu besar gel lidah buaya, 1 sudu besar madu dan 1 sudu besar susu
    • Kemudian, oleskan pada kulit yang mempunyai jeragat dan biarkan sehingga 20 -30 minit

Cuka Epal



  • Cuka epal memang dah sinonim. Sebabnya cuka epal ini mempunyai pelbagai jenis manfaatnya.
  • Antaranya adalah cuka epal ini bantu megnurangkan kesan jeragat dan bertindak sebagai pencerah kulit semulajadi dan menjadikan tona kulit kita lebih sekata
  • Caranya :
    • Bilas kawasan yang berjeragat dengan campuran air suam bersama cuka epal ini.
    • Atau kita juga boleh tambahkan 2 sudu kecil cuka epal le dalam setengah cawan air suam. kemudian tambahkan dengan 1 sudu kecil madu.
    • Minum sekurangnya kurangnya 2 kali sehari

Jambu batu Dan Pisang



  • Petua ini yang jarang kita dengarkan. Malah Ms J juga pertama kali dengar ini
  • Sebenarnya jambu batu dan pisang ini sangat bagus juga untuk menghilangkan jeragat.
  • Jambu batu sangat bagus untuk masalah sunburn akibat daripada panas terik terik matahari 
  • Manakala pisang pula membantu dalam penggelupasan sel kulit mati dan seterusnya mencerahkan bahagian yang berjeragat
  • Caranya, dengan hanya mencampurkan hampas pisang dan jambu batu dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15-20 minit

Vitamin E

  • Semua orang tahu, selain vitamin c, vitamin E juga sangat bagus untuk kecantikan.
  • Vitamin E mempunyai sifat antioksidan yang tinggi, yang mana membantu meneutralkan kesan bahaya sinar UV daripada matahari, serta melindungi dan memperbaiki kulit kita.
  • Caranya:
    • Picit 2-3 kapsul vitamin E dan letakkan nya ke dalam mangkuk kecil
    • Campurkan dengan beberapa titis minyak castor dan sebatikan.Boleh disapu pada bahagian berjeragat sebelum tidur dan biarkan semalaman

Resveratrol



  • Pernah dengar resveratrol? Rasanya ramai di antara kita yang masih tidak tahu akan fungsi dan kegunaan resveratrol ini.
  • Resveratrol yang tinggi dapat membantu dalam masalah jeragat dan juga msalah kulit yang lain.
  • Bukan itu sahaja, malah ianya juga boleh membantu kulit nampak lebih muda dan lebih sihat berbanding dengan usia yang sebenar.
  • Resveratrol ini bertindak dengan membantu menghalang enzim yang berfungsi untuk menghasilkan sel jeragat dengan giat apabila terdedah dengan cahay matahari.
  • Jadi, bila enzim ini sudah terbantut, maka takdelah sel jeragat tu nak membiak kan.
Masih tak pecaya jeragat boleh pudar atau hilang? Meh baca ini >>>Testimoni Jeragat Pudar 

Kesimpulannya jeragat ini berpunca dari dalam. Maka kita juga kena jaga dalaman dan luaran agar jeragat ini tidak berleluasa kembali.

Nak tahu skincare apa yang terbaik untuk megnhilangkan jeragat? Meh baca ini >>> youth skincare shaklee


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...