Skip to main content

Review Penggunaan Telefon Bimbit Vivo Y69

Sebenarnya dah lama Ms J nak buat review mengenai salah satu jenama telefon bimbit terkenal di Malaysia. Tapi, selalu tertangguh, maka malam ini di kesempatan ini Ms J nak buatlah review mengenai telefon bimbit vivo y69.


Sebenarnya Ms J ini bukan peminat setia telefon bimbit vivo ini. Dulu Ms J adalah salah seorang pengguna setia telefon bimbit samsung.

Lupa dah dulu Ms J guna model samsung yang mana satu. Tapi disebabkan telefon bimbit hilang tak tahu letak mana, keesokkan juga terus cari telefon bimbit baru.


Maka, pergilah kami sekeluarga meninjau di City Square di Sungai Petani. Pada mulanya nak cari model samsung juga. Tapi bila tengok harga semua adalah di luar daripada bajet Ms J.

Sepanjang Ms J guna samsung dulu, ok je. Tapi yang tak best tu selalu tak cukup space. Iyalah model samsung dulu space tak banyak. Jadi, buat orang berbisnes macam Ms J ini memang perlu space yang banyak untuk simpan segala data.

Maka, Ms J bagitahu kat encik suami kali ini nak cari telefon bimbit yang besar storage capacity. Tak nak dah jadi macam dulu, kena delete dulu yang tak nak, baru boleh save yang baru.

Dalam dok survey tu, jenama samsung memang dah tolak tepi. Banyak sebabnya antaranya adalah sudah tentu samsung ini spacenya sikit je dan harganya pula agak mahal.

Maka, tinggal dua jenama yang tinggal, iaitu oppo dan vivo. Tengok oppo pun best juga. Sebabnya kakak an adik pun guna jenama oppo ini. Semua kata oppo ini ok dan gambar pun cantik.

Tapi masalahnya Ms J tak berkenan, sebab design oppo rasa tak berkenan.hahaha. Maka, last sekali pilihlah vivo y69.Banyak sebab kenapa Ms J pilih vivo y69 ini.


Antaranya adalah storage capacity yang besar iaitu 32 GB. Besar tu 32 GB, macam macam boleh simpan dalam telefon bimbit ini. Kalau samsung dulu hanya 8 GB je.

Kedua, harganya nya pun dalam bajet Ms J. Masa Ms J beli tahun lepas harga RM 999. Sekarang mungkin lagi murah la kot.

Ketiga, gambar pun cantik. Macam macam boleh buat, antaranya bokeh tu. Tapi Ms J tak reti sangat nak guna. Hanya guna ambil gambar biasa je.huhu

Kalau korang korang nak tahu lagi mengenai telefon bimbit vivo y69 ini, ni haa antara detail

  • camera front 16 MP
  • camera rear 13 MP
  • batery 3000 mAh
  • screen 13.87 cm (5.5


Kalau tanya pasal batery, boleh tahan lama ke tak, Ms J memang akui, batery agak tahan lama. Kalau sehari suntuk Ms J guna memang tahan. Tak perlu nak kena charge pun.

Kalau tanya pasal warna, dulu ada 3 warna iaitu putih, hitam dan gold. Ms J berkenan yang putih, tapi rasa baik ambil yang hitam nanti tak nampak sangat kalau kotor. Maka, hitamlah yang Ms J beli.

Secara keseluruhannya Ms J sangat puas hati guna vivo y69 ini. Setakat ini tak de lagi rasa tak puas hati dengan vivo y69.

Harapnya telefon vivo inilah yang terakhir Ms J beli.


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...