Skip to main content

Resei Nasi Ayam Mudah Dan Simple Guna Air Fryer

Kali ini Ms J nak kongsi resepi nasi ayam mudah dengan menggunakan air fryer. Rupanya guna air fryer ini kerja membuat nasi ayam lebih mudah dan sangat jimat masa.



Kali ini ms J goreng ayam dengan menggunakan air fryer, iaitu menggoreng tanpa minyak. Nak sihat katakan.hehe. kalau tanya pasal rasa, memang sedap. Ayam tak keras, lembut je.

Ini adalah pertama kali Ms J masak nasi menggunakan air fryer ini taaw. Sebelum ini ayam nasi ayam tu selalu goreng je. Tapi kali ini ingin mencuba resepi baru dengan menggunakan air fryer pula.


Okla di sini Ms J nak kongsi resepi nasi ayam yang telah Ms J buat yang menambat hati suami dan dan anak anak.

Resepinya cukup mudah saja.Ini haa

Resepi Nasi Ayam Mudah Dan Simple

Untuk Nasi

  • Bunga lawang
  • Kayu Manis
  • Cengkih
  • Bawang Putih
  • Lemak Ayam
  1. Tumis lemak ayam sehingga keluar minyak.
  2. Lepas tu boleh menumis bunga lawang, kayu manis dan cengkih. Bila dah kemerahan, boleh masukkan bawang putih yang telah ditumbuk.
  3. Bila dah kemerahan, boleh masukkan beras yang telah dibasuh. Macam Ms J beras yang telah dibasuh tadi direndam sekejap dengan air kunyit, supaya warnanya agak kekuningan
  4. Kalau nak wangi boleh tambah dengan daun pandan

Ayam

  • Sos tiram
  • Kicap
  • Kiub Ayam
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Madu
  • Halia



  1. Bila ayam sudah siap dibasuh dan rebus, masukkan kesemua bahan ini sebagai bahan perapan. Pastikan bawang putih dan bawang merah dan itu ditumbuk atau dikisar

Sos (Merah)

  • Cili merah besar
  • Cuka
  • Air rebusan ayam
  • Gula
  • Garam


Kisar semua bahan ini, dan perasakan dengan garam dan gula

Sos Kicap

  • Air perapan ayam yang dimasak
Kali rasa puas hati masak nasi ayam, sebab ianya sangat sedap. Bayangkan anak dan suami boleh habiskan ayam sebelah.huhu


Katanya sedap mama masak.hehe. Rupanya untuk membuat nasi ayam yang sedap adalah menggunakan lemak ayam untuk menumis.

Nasi yang dihasilkan adalah sangat berbeza. Ianya lebih lembut dan berminyak, sebab sebelum ini Ms J tak pernah guna lemak ayam ini!






Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...