Skip to main content

Baju Kurung Cotton Murah Di Alor Setar

Hari ini Ms J nak share mengenai baju kurung cotton yang murah.Kalau anda adalah peminat setia baju kurung cotton ini memang kenalah dengan anda.




Baju kurng cotton murah yang Ms J maksudkan adalah di Dhiya Boutique yang terletak di Aman Central, Alor Setar.

Ms J memang suka datang sini. Suka jalan jalan dan shopping menghabiskan duit.haha. Last last terjumpa dengan Dhiya Boutique ini.

Dan kalau nak tahu, Dhiya Boutique ini bukan saja menjual baju kurung cotton, baju kebaya cotton pun ada taw. Yang paling cute tu adalah untuk anak anak pun ada juga baju kurung cotton atau dress berasaskan cotton.

Terlintas di hati, kalau ada anak perempuan mesti cantik ini pakai baju kurung cotton macam ini. Malang nya takde rexeki lagi dengan anak perempuan.huhu

Harga baju kat boutique ini murah murah je, macam baju kurung moden cotton harga RM 65, manakala untuk kebaya cotton RM 70.

Macam macam pilihan dan warna ada. Memang pening nak pilih baju kurung cotton ini. Sebabnya corak dan warna banyak sangat, sampaikan tak tahu nak pilih yang mana.

Last sekali Ms J main ambil je. Rasa dah ok, okla tu.hahaha.Sebenarnya Ms J ni bukanlah peminat setia baju kurung cotton ini, tapi disebabkan baju cotton ini tak perlu nak di iron, maka ianya lebih senang dan jimat masa untuk pergi kerja.

Ini adalah salah satu pilihan Ms J
Lagi satu, baju cotton ini tak panas, sejuk je bila pakai. Nak pergi kerja, kenduri semua boleh pakai baju kurung cotton ini. Orang kata memang jimat la.huhu

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe