Skip to main content

Tanda Paru Paru Berair Yang Ramai Tidak Tahu!

Hujung minggu lepas, Ms J sempat melawat sepupu, yang mana telah kehilangan ibunya akibat masalah paru paru berair.

Itupun mereka baru sahaja tahu, bahawa allahyarham ibu mereka mengidap paru paru berair. Tiada sebarang tanda atau gejala yang menunjukkan ibu mereka mengidap paru paru berair ni.



Yang adanya, ibu mereka ni sering mengalami sakit kaki dan bengkak, dan juga selalu rasa letih. Mereka ingatkan hanyalah penyakit biasa, iyalah mungkin sebab faktor pekerjaan juga kan.

Tak sangka pula ibu mereka mengidap paru paru berair ni. Doaku moga arwah ibu mereka di tempatkan di kalangan orang beriman.Aminnn.

Okla hari ini Ms J ingin berkongsi mengenai penyakit paru paru berair mengenai tanda dan kenapa berlakunya paru paru berair ni. Mungkin boleh menjadi rujukan dan panduan buat mereka yang mengalami masalah paru paru berair ni. 


Apa itu Paru Paru Berair


Penyakit paru paru berair ini berlaku apabila adanya air berlebihan berkumpul di dalam paru paru. Cecair ini berada dan berkumpul di satu bahagian di paru paru iaitu di alveoli.

Alveoli ini berfungsi untuk membekalkan oksigen kepada darah yang mengalir ke dalam paru paru dan ke seluruh badan.

Maka apabila terdapat air di dalam alveoli ni, maka bekalan oksigen akan terganggu. Dengan sebab itulah pesakit paru paru berair ni akan mengalami sesak nafas.


Tanda Paru Paru Berair 


Bila cakap saja mengenai paru paru berair ni, ramai yang cakap salah satu tanda adalah sesak nafas. Iya, betul tu.Tapi masih ramai lagi yang tak tahu, tanda paru paru berair ni banyak lagi sebenarnya:

Antara tanda paru paru berair adalah :

  • Sesak nafas yang terus dan berlaku pada jangka masa pendek
  • Sakit dada
  • Perasaan cemas dan takut
  • Tercungap cungap
  • Kulit menjadi pucat dan bewarna biru atau kelabu
  • Rasa pita atau pengsan

Namun, bagi pesakit paru paru berair yang kronik mereka mungkin akan mengalami tanda tanda ini:

  • sesak nafas terutamanya apabila melakukan aktiviti fizikal
  • sesak nafas sekiranya baring rata
  • bunyi deham (wheezing) ketika bernafas
  • batuk yang mengeluarkan kahak yang berbuih dan mengandungi darah
  • sering bangun daripada tidur kerana sesak nafas
  • kaki bengkak
  • rasa lesu
  • naik berat badan apabila ditimbang kerana cecair berkumpul dalam badan terutamanya dalam kaki dan paru paru

Haa, banyak sebenarnya tanda paru paru berair ni. Tak semestinya sesak nafas saja taw. Jadi, jika anda atua ibu bapa atau saudara mara yang mengalami tanda paru paru berair ini cepat cepatlah berjumpa doktor.

Orang kata lebih baik merawat awal daripada terlambat. Baca juga kisah Nur Alya yang mana suaminya mengalami masalah paru paru berair dan akhirnya bebas daripada penyakit paru paru berair ni >>> pulih daripada paru paru berair




Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...