Skip to main content

Punca Keputihan Yang Selalu Di Pandang Ringan!

Masalah keputihan dikalangan wanita memang dah selalu kita dengar. Semua wanita berisiko untuk mendapat masalah keputihan ini, tak kira lah yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang.

Cumanya ramai yang masih tidak tahu bahawa keputihan ini boleh mendatangkan kesan jika dibiarkan begiu sahaja tanpa di ambil tindakan alternatif.

Dan ada juga yang masih keliru, atau tidak tahu bahawa mereka mempunyai masalah keputihan sebenarnya.

Ini mungkin keputihan yang mereka alami masih diperingkat awal dan tidak mendatangkan kesan sampingan.lagi.

Buat mereka yang mengalami masalah keputihan, tak kiralah keputihan kronik atau tidak, ketahui lah bahawasanya keputihan ini perlu diatasi agar ianya tidak mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

Sebelum kita atasi masalah keputihan ini, mari kita kenal dulu punca berlakunya masalah keputihan ini.


Punca Keputihan


 Kebersihan


Faktor kebersihan ini sudah tentu berkait rapat dengan masalah keputihan. Ini kerana tempat sulit yang kotor atau tidak bersih boleh mengundang pelbagai jenis bakteria untuk membiak.

Samalah juga ketika selepas membuang air kecil atau besar, kita digalakkan untuk mengeringkan tempat sulit agar ianya sentiasa kering dan tidak menjadi tempat untuk bakteria membiak.

Faktor Hormon


Wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon juga berisiko untuk mendapat masalah keputihan.

Ketidakseimbangan hormon ini mungkin berlaku disebabkan oleh 

rembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj

pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang. Ini boleh menyebabkan bakteria semula jadi pada dinding faraj mati dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikroarganism patogen seperti bakteria atau kulat

wanita yang mengalami tekanan akibat masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak untuk menghasilkan hormon yang seimbang

pengambilan pil perangcang keluarga atau pil pencegah kehamilan

Gaya Hidup


Faktor gaya hidup juga mempengaruhi masalah keputihan. Mereka yang aktif melakukan hubungan seks rambang sangatlah tinggi risiko untuk mendapat masalah keputihan. Ini kerana mereka mudah mendapat jangkitan pada bahagian faraj.

Faktor Kesihatan

Pernah kita dengar kan, mereka yang mengalami masalah kencing manis ni mudah mendapat penyakit lain. Sama lah juga buat wanita yang mengidap kencing manis ini, mereka mudah untuk mendapat masalah keputihan.

Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi yang dirembeskan oleh faraj membantu pertumbuhan dan perkembangan kulat di bahagian faraj. 

Selain daripada itu, wanita yang mempunyai masalah sistem daya tahan yang rendah seperti pesakit AIDS juga mudah mendapat keputihan ini.

Kesimpulannya, masalah keputihan ini kita boleh atasi dengan mengubah 4 faktor berlakunya keputihan tersebut.

Jangan biarkan masalah keputihan ini membelengu hidup kita dan membiarkan ianya menjadi lebih teruk. Atasi segera dengan mengambil langkah alternatif dengan segera! >>> set keputihan shaklee



Ingin dapatkan set keputihan shaklee boleh terus hubungi Ms J ya




Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...