Skip to main content

Ini Dia kesan Bila Ambil Vitamin c Berlebihan

Vitamin c ini juga dikenali sebagai ascorbic asid. Ianya adalah salah satu vitamin yang paling famaous di kalangan kita.

Cakap je pasal vitamin c ini, semua orang tahu. Tak kiralah lelaki atau perempuan, semua tak terkecuali daripada mengambil vitamin c ini.


Vitamin c ini adalah sejenis vitamin yang larut air. Badan kita tidak menghasilkan vitamin c, maka kita harus dapatkan vitamin c ini melalui diet seharian ataupun pengambilan supplement.

Fungsi vitamin c ini banyak sangat. Antaranya ialah vitamin c ini bertindak sebagai antioksidan yang tinggi untuk melawan sebarang radikal bebas yang boleh merosakkan tisu sel badan kita. >>> fungsi vitamin c

Maka, tak hairanlah vitamin c ini sudah menjadi satu keperluan untuk badan kita supaya sentiasa sihat. Bukan itu sahaja malah terdapat juga di kalangan kita yang menjadikan vitamin c ini sebagai gula gula untuk anak mereka, berbanding dengan gula gula yang tinggi kandungan gulanya.

Badan kita memerlukan maksimum pengambilan vitamin c sebanyak 2000 mg sehari. Jadi, sehari ambillah vitamin c sebanyak mana yang kita nak, jangan lebih je.

Kalau lebih apa akan jadi?

Pengambilan vitamin c secara berlebihan boleh menyebabkan tanda tanda seperti berikut:
  • cirit birit
  • loya
  • muntah
  • pedih ulu hati
  • kembung perut
  • sakit kepala
  • sukar untuk tidur
Tanda ini mungkin adalah biasa dan tidak merbahaya pada kita. Jika di dapati kita mengalami tanda ini, maka kurangkanlah dos pengambilan vitamin c.

Kebanyakkan daripada kajian yang dilakukan, mengatakan vitamin c ini sangat bagus untuk masalah seperti

Kanser - yang mana vitamin c ini membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser seperti kanser payudara, kanser kolon dan paru paru.

Batuk-Vitamin c ini tidak mencegah kita daripada mendapat masalah batuk, tapi ianya membantu mengurangkan jangka masa dan simptom batuk pun kurang berbanding dengan mereka yang tidak mengambil vitamin c.

Mata- dikatakan pengambilan vitamin c secara oral bersama dengan vitamin yang lain boleh mencegah masalah 'age-related macular degeneration' (AMD) daripada bertambah teruk.

Inilah kesan yang dikatakan oleh mayo clinic di laman web beliau.

Maka, tak syak lagi pengambilan vitamin c ini sangat bagus untuk kesihatan kita. Tak semestinya kita sakit baru nak ambil vitamin c ini, tapi masa sihatlah kita kena terus jaga kesihatan dengan pengambilan vitamin ini.

Tercari cari lagi vitamin c yang terbaik? Cuba ini >>> keistimewaan vitamin c shaklee



Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...