Skip to main content

Kesan Fibroid Pada Wanita dan Ibu Hamil


Fibroid adalah sejenis tumor yang sering di alami oleh kaum wanita. Boleh dikatakan 20 %-50 % wanita dewasa ini mengalami fibroid.

Fibroid ini juga dikenali sebagai 'uterine myomas, leiomyomas atau fibromas'.


Masalah fibroid ini dikatakan 99 % adalah jenis yang tidak berbahaya, maksudnya ianya bukanlah sejenis kanser yang boleh merebak ke seluruh sistem badan.

Namun, jika ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil rawatan alternatif ianya boleh memberi kesan pada kaum wanita.

Kesan Fibroid


Apakah kesan fibroid pada wanita ni?Ni haa antaranya adalah
  • Perubahan kitaran haid bulanan seperti lebih banyak pendarahan, lebih kerap datang bulan, sakit dan kejang semasa haid dan anemia (kekurangan darah)

  • Tekanan daripada fibroid contohnya sukar dan mungkin juga kerap membuang air kecil, sukar membuang air besar, sakit dibahagian dubur dan abdomen kejang

  • Rahim dan abdomen semakin buncit dan membesar

  • keguguran dan mungkin juga kemandulan

Bahaya fibroid pada Kehamilan

Jika anda adalah salah seorang ibu hamil dan mempunyai fibroid, masalah ini mungkin memberi kesan pada anda.

Berdasarkan Dr Shah Reza, bahawa fibroid akan membesar semasa mengandung, apatah lagi bila bertambahnya bekalan darah ke rahim

Tumbesaran yang cepat ini memberikan kesan tidak senang pada ibu, sakit mungkin berlaku dan rasa membebankan pada bahagian abdomen.


Namun, saiz fibroid ini akan cepat mengecil selepas proses kelahiran.Dan dengan sebab inilah kebanyakkan fibroid tidak dibuang ketika hamil, walaupun si ibu melahirkan secara pembedahan.

Bukan itu sahaja, malah masalah keguguran,kelahiran pramatang dan kelahiran songsong juga berisiko berlaku kesan daripada fibroid ni.

Fibroid ini juga menghalang kelahiran normal dan jika kelahiran normal berlaku sekalipun, ianya akan mengalami komplikasi lain seperti pendarahan berlebihan semasa bersalin

Kesimpulannya, fibroid ni bukanlah jenis kanser yang boleh mendatangkan kematian, tapi jika dibiarkan berlarutan ianya boleh membawa kepada komplikasi lain.

Jadi rawat fibroid sebelum ianya terlambat.Lihat kisah mereka yang berjaya merawat fibroid >>> testimoni fibroid




Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...