Skip to main content

Cara Buat Link Wassap Dengan Mudah

Assalamulaikum dan salam sejahtera!

Harini Ms J nak berkongsi secara santai saja, iaitu mengenai cara nak buat link wassap dengan mudah.

Sebenarnya link wassap ini penting juga untuk kita buat, terutamanya bagi mereka yang menceburkan diri dalam bisnes online ni.Ini kerana link wassap ini memudahkan pelanggan kita untuk terus hubungi kita tanpa menyimpan atau menulis nombor telefon kita.

Terus tekan link yang tertera, mesej akan terus masuk ke dalam nombor telefon kita.Senang bukan.

Haaa, buat mereka yang masih kabur kabur lagi macam mana rupanya link wassap ini, ni haa contohnya

www.wassap.my/60164442685
www.belishaklee.my/60164442685

Ini adalah antara dua contoh yang kita boleh buat.Sering kali kita tengok penjual akan meletakkan link wassap ini di facebook, instagram atau mana mana platform media sosial kan.

cara buat link wassap


Macam mana nak buat link wassap ini?

Cara Buat Link Wassap


Senang je nak buat link wasap ni,pertama sekali korang kena 

1. Buka manage.wasap.my

Semua ni boleh buat guna telefon bimbit ataupun laptop. Tak kisah, ikutlah korang pilih yang yang mana.

Bila korang dah buka manage.wasap.my ini ia akan keluar macam ini.

cara buat link wasap

2. Masukkan emel dan pasword


Bila dah keluar emel dan pasword ini, korang isi jelah korang punya emel atau pasword.

3. Klik Add link

cara buat link wasap

4. Masukkan nama 


Masukkan nama yang korang nak buat. tak kisah lah nama apa pun. Tapi , jika dah ada orang lain guna nama tu ianya akan jadi invalid. Korang kena cari nama lain pula.

cara buat link wasap

5. Masukkan no telefon. 


Untuk letak nombor telefon ini kena letak nombor 6 dulu dihadapan. Contohnya 60164442685.


6. Isi pre-filled text tu kalau nak.


Pre filled text ini akan keluar terus bila ada pelanggan yang klik kita punya link wassap tersebut. Contohnya saya nak order vivix shaklee.tq



7. Klik ADD


Selepas tu klik je ADD untuk tambahkan lagi link wassap korang.

Senang je kan nak cara nak buat link wassap ini. Semuadah a b c !Selamat mencuba!


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...