Skip to main content

Siapa Yang Perlukan Protein Lebih

Protein adalah satu keperluan dalam diet seharian kita. Kalau dulu kalau sebut pasal protein je, mesti ingat lauk pauk je.Tak juga sebenarnya.

Protein ni juga boleh diperolehi daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya. Yang bestnya protein daripada sumber tumbuhan ni sesuai diambil oleh semua orang, termasuklah mereka yang vegetarians.


Siapa Yang Perlu Protein Lebih


Semua orang perlukan protein untuk pertumbuhan dan kesihatan diri.Tapi ada yang memerlukannya lebih daripada orang biasa.

Siapakah golongan mereka yang memerlukan protein yang lebih ni?Ni haa:

Ahli bina badan


Ahli bina badan ini perlukan lebih protein berbanding orang biasa. Apabila mereka ini berterusan bersenam, tisu mudah 'rosak'.Maka di sinilah fungsi protein untuk membina dan memperbaiki tisu tersebut.

Bakal ibu


Buat bakal ibu diluar sana jangan lupa untuk ambil protein mencukupi.

Sebabnya apa yang ibu makan nanti, itulah yang baby akan dapat.

Macamana baby nak membesar kalau protein tak cukup ni kan.



Penggemar Dessert


Buat mereka yang gemarkan dessert, jangan lupa korang juga salah satu golongan yang memerlukan protein lebih.

Mereka yang suka mengambil makanan yang yang tinggi gula akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

Jika ini berpanjangan, ianya boleh memberi kesan pada fungsi jantung dan mengakibatkan inflamasi pada badan.

Jadi, dengan pengambilan protein yang berterusan boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan juga mengawal paras kolestrol dan insulin sensitivity.

Middle age


Buat mereka yang berada pada umur pertengahan ini, digalakkan untuk mengambil protein secara berlebihan.

Ini kerana apabila umur makin meningkat,  'muscle' kita akan mula bekerja secara perlahan. Malah pada umur ini juga kita mula cepat penat dan letih.

Jadi, sebagai salah satu alternatif adalah dengan pengambilan protein yang lebih. Bukan itu sahaja, malah dengan mengambil protein ini membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Mereka yang Menjaga Berat Badan


Ambil lebih protein jika anda ingin menjaga berat dan mendapat berat yang ideal. Pengambilan protein boleh membantu kita untuk rasa kenyang yang berpanjangan dan sekaligus mengurangkan rasa lapar. 

Selain itu protein juga membantu mengawal jumlah kalori yang di ambil dalam setiap hidangan.


Ibu Menyusu


Ibu menyusu ini memerlukan lebih protein, yakni lebih dua kali ganda daripada ibu yang tidak menyusu anak.

Protein ini membantu memastikan kesihatan ibu untuk menghasilkan susu yang berkualiti.

Macam mana Nak Tambah Pengambilan Protein


Jika anda salah seorang daripada golongan mereka ini yang memerlukan protein yang lebih, cara yang senang untuk tambah protein adalah dengan mengambil serbuk protein.

Cara yang paling senang adalah dengan mencampurkan serbuk protein bersama dengan minuman kegemaran anda!

Contoh macam ni haa, ESP diblend bersama nenas,nyum nyummy gitu...









Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...