Skip to main content

5 Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Kisah Ms J jadi ahli shaklee ini bermula apabila jadi pengguna tetap shaklee. Rasanya rugi kalau tak daftar sebagai ahli.

Sebenarnya jadi ahli ini boleh juga untuk makan sendiri taw. Bukan untuk menjual sahaja. Jadi, sesiapa sahaja boleh jadi ahli shaklee ini.

Kenapa Ms J rasa rugi kalau tak jadi ahli shaklee ini? Ini haa antara kelebihan jadi ahli shaklee.

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee


1. Dapat diskaun keahlian yang hampir 25 %


Ya, inilah antara sebab utama Ms J nak jadi ahli shaklee ini. Harga ahli dan harga runcit produk shaklee ini agak jauh bezanya.

Jadi, dengan jadi ahli shaklee, amatlah jimat sehingga 25 %. Ini tak termasuk lagi jika ada sebarang promosi untuk bulan tersebut.

Kekadang harga promosi boleh menjadi lebih murah daripada harga ahli taw. Jadi amatlah jimat. 

Inilah salah satu tips untuk kita jimat untuk beli produk shaklee ini. Tapi dengan syarat kita kena daftar jadi ahli shaklee dulu la ye.


2. Pembelian Dengan lebih Mudah


Dengan berdaftar sebagai ahli shaklee kia boleh membuat sebarang pembelian di laman web shaklee, iaitu di www.shaklee2u.com.

Masukkan ID dan pasword anda, dan anda boleh mengakses semua nota produk, pemberitahuan ataupun sebarang notis.

Jadi anda tidak perlu risau lagi jika anda ingin dapatkan produk shaklee, tetapi cawangan shaklee yang agak jauh dari rumah anda. Anda boleh terus buat belian di laman web tersebut sahaja.

3. Bonus Tunai


Bahagian ini yang Ms J suka. Tahu tak dengan setiap pembelian produk shaklee ini mempunyai point. Point ini di panggil sebagai unit volume (UV). Dan untuk bulan tersebut jika anda mencapai sekurang kurangnya 150 UV anda layak untuk mendapat bonus shaklee yang di bayar dengan tunai.


4. Bonus Kereta


Ini juga salah satu kelebihan jadi ahli shaklee. Jika anda mencapai sesuatu point di dalam shaklee, anda layak untuk terima bonus kereta.

Bonus kereta ini bukan bermaksud shaklee bagi seketul kereta. Tapi sebaliknya. Shaklee bagi duit bulanan sebagai ganjaran. Jadi, dengan duit tersebut terpulang pada kita untuk bayar ansuran kita,bayar rumah atau apa apa sahajalah.

5. Percutian Luar atau Dalam Negara


Ini lagi satu sebab kelebihan kenapa kita kena jadi ahli shaklee. Jika kita betul-betul serius ingin menjadi pendapatan sebagai pengedar shklee, kita boleh skor untuk dapatkan point untuk melayakkan diri percutian dalam atau luar negara yang shaklee tawarkan.

Semuanya ditanggung oleh shaklee dan ianya adalah percuma!

Ms J rasa dengan 5 kelebihan untuk jadi ahli shaklee ini sudah cukup kuat untuk kita mendaftar sebagai ahli shaklee.

Nak mendaftar ahli shaklee ini tak semestinya kita kena menjual shaklee, tapi dengan makan sendiri pun boleh. Kenapa?

Sebab dengan 5 kelebihan jadi ahli shaklee di atas ni lah!

Jadi, korang yang nak daftar ahli, boleh terus hubungi Ms J untuk Ms J uruskan pendaftaran korang

Hubungi Ms J selaku pengedar shaklee Sungai Petani / Kepala Batas / Tasek Gelugor





Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...