Skip to main content

Tempat Mainan Kanak-Kanak Di Alor Setar

Bulan lepas terpaksa bawak Hadif ke tempat kerja kerana tiada lagi cuti untuk menjaga Hadif yang mengalami chicken pox.

Nak dijadikan cerita pada hari itu, Ms J terpaksa bekerja di Alor Setar. Maka pada hari itu datanglah kerja bersama suami.

Pada waktu pagi encik suami yang tolong tengok kan Hadif, dan waktu tengahari giliran Ms J pula. Mujur pada hari tersebut tak banyak sangat kerja dan Ms J hanya bekerja untuk separuh hari sahaja.

Lepas makan tengahari, tak tahu nak bawak Hadif ke mana. Pada mula tu nak bawak Hadif ke tempat mainan kanak-kanak di dalam Aman Central, tapi bila fikirkan balik Ms J pun tak larat nak tawaf satu mall tu.

Maka, bawa je Hadif ke Eon Big Alor Setar. Pada mula nya tu hanya bawak Hadif ke food court kat Eon Big je. Kat situ pun kanak-kanak boleh bermain juga. Tapi mainan tak banyak.

Oleh sebab mainan tak banyak, Hadif duduk sekejap saja, terus ajak Ms J ke tempat lain pula. Nak tak nak Ms J akur juga lah dengan permintaan anak.

Sepanjang jalan di dalam Eon Big tu, ternampak pula tempat mainan kanak-kanak. Tempat nya kecil je, tapi penuh dengan mainan.

Terdetik juga dalam hati, ni Hadif mesti suka. Ada pelbagai jenis mainan kat situ antara kereta, bola, moto, gegelung, dan banyak lagi la.

Nak masuk sini ada bayaran taw. Bayaran dibayar ikut jam. Kalau tak silap sejam rm 4 kot. Sebab hari tu, Ms J ambil yang unlimited rm 8 je.

Jadi kalau nak duduk sehari dalam tu pun tak pe. Apalagi suka la Hadif.hehe. Sambil tunggu nak sampai pukul 5, Ms J temankan je Hadif bermain dalam tempat mainan kanak kanak ni.

Mengantuk pun ada, sebab bosan. Tapi Hadif main tak berhenti. Aishh budak budak kan. Jom layan Hadif main.





















Buat korang yang ada anak, boleh la cuba datang kat tempat mainan kanak-kanak kat Alor Setar ini. Anak-anak pun mesti suka!


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...