Skip to main content

Punca dan Tanda Gastrik Yang Kita harus Ketahui

Assalamulaikum.

Rasanya lama dah Ms J menyepi daripada menulis di sini. Okla harini Ms J nak berkongsi mengenai punca dan tanda gastrik pula.


Alkisahnya minggu lepas Ms J balik kampung dan mak Ms J memberitahu salah satu penyakit abah adalah gastrik.

Pantang lambat makan atau silap makan je pasti gastrik akan datang menyerang. Kesian pula tengok abah bila kena gastrik, serba serbi tak kena dibuatnya.

Kenali Gastrik


Gastrik ini dikatakan sebagai ketidakselesaan di bahagian atas abdomen.Antara simptom yang sering berlaku adalah pedih ulu hati, kembung perut, dan loya.

Secara normalnya, perut akan merembeskan asid untuk mencernakan makanan.

Namun, jika perut kita tidak mendapat makanan, maka asid ini akan mula menghakis lapisan perut.Lama kelamaan lapisan perut mula terhakis dan boleh menyebabkan keradangan pada perut.

Dengan sebab itulah pesakit gastrik di galakkan untuk menjaga pemakanan dan makan pada waktunya jika tidak mahu gastrik ini menyerang.

Punca Gastrik


Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah gastrik ini.Selain daripada jadual pemakanan yang tidak tepat pada waktunya, ada lagi punca gastrik yang lain, antaranya adalah :


  • makan memakan pedas yang berlebihan.Ini kerana makanan pedas menyumbang kepada penghasilan asid perut secara berlebihan.



  • pengambilan makanan masam atau jeruk, yang mana mempunyai kandungan asid yang tinggi



  • makanan berminyak /berlemak.Ini kerana makanan seumpama ini sukar untuk di hadam dan mendorong kepada pertambahan penghasilan asid di dalam perut.




  • minuman berkafein seperti kopi dan teh



  • merokok



  • pengambilan ubat ubatan tertentu dalam jangka masa yang panjang



  • stress / tekanan emosi



  • jangkitan bakteria h.plyori


Haa, banyak kan punca gastrik ini boleh berlaku.Seeloknya kenali punca gastrik ini barulah senang untuk kita atasi masalah gastrik ini.

Jika gastrik berlaku disebabkan oleh merokok, maka seeloknya berhentilah merokok dan sebagainya.

Secara amnya gastrik ini adalah penyakit biasa dan tidak memerlukan sebarang rawatan segera, namun harus juga diingat gastrik boleh menyebabkan penyakit lain seperti cancer dan ulser perut.

Maka, ambil lah langkah alternatif yang terbaik supaya gastrik ini tidak berpanjangan dan kita boleh melakukan rutin harian dengan sihat.

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...