Skip to main content

Amalan Minum Susu Ketika Gastrik Menjadikan Gastrik Lebih Teruk

Pernah dengar tak orang cakap, kalau kena serangan gastrik elok minum susu. Ya, itulah yang sering Ms J dengar dulu. Gastrik je minum susu.

Tapi abah Ms J tak minum susu masa sakit sahaja, sebaliknya setiap hari minum susu.  Boleh dikatakan minum susu tu dah jadi rutin harian, tiada lagi teh atau kopi setiap pagi.

Kalau nak tahu dulu abah memang penggemar teh atau kopi, tapi disebabkan peritnya sakit gastrik ini abah dah mula bertukar cara pemakanan.

Alhamdulillah, kerana sakit gastrik, abah dah mula ubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat. Sebab apa tahu, sebabnya amatlah perit bila gastrik menyerang.

Bila bercakap mengenai susu dalam mengatasi gastrik ini, Ms J ada terbaca, bahawa minum susu ketika serangan gastrik menjadikan gastrik lebih teruk.




Iyaka? Ms J ingatkan susu ini bagus untuk pesakit gastrik.Ini haa antara petikan tersebut:

Minum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin teruk. Susu menggalak rembesan asid.

Semasa serangan minum gaviscon dan air kosong sahaja. Teh tarik pun ada susu tau. 

Semasa serangan gastrik je jangan minum, Pesakit gastrik jika tak kena serangan boleh minum susu.Banyak khasiat susu tau.


Ini adalah antara kata-kata DrSazOne di twitter beliau.

Oh, baru ku tahu.Bukan kata tak boleh minum susu terus bagi pesakit gastrik, tapi tak bolehnya minum susu apabila gastrik menyerang sahaja.

Kalau dalam keadaan normal, tak ada gastrik boleh je minum susu. Bukan kata tak boleh terus ya!hehe 

Baca juga mengenai ESP bantu masalah gastrik 


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...