Skip to main content

Tanda Dan Simptom Gout yang Sering Berlaku

Sakit di sekitar sendi, terutamanya di sekitar ibu jari kaki.Adakah itu gout?


Ya, kemungkinan besar itu adalah penyakit gout, kerana salah satu tanda gout adalah sakit di sekitar ibu jari. Namun, gout juga boleh menyerang sendi yang lain seperti lutut, jari dan siku.

Kesakitan yang dialami oleh pesakit gout mungkin berbeza beza. Ada yang merasakan tanda dan simptom gout itu kurang menyakit, malah ada juga yang mengalami kesakitan yang amat perit.

Dikatakan gout yang berlaku pada orang dewasa adalah lebih ringan dan kurang menyakitkan, dan ini boleh menyebabkan kekeliruan dalam mendiagnosis, sama ada ianya adalah penyakit gout atau penyakit arthritis yang lain.

Baca juga 5 tips mudah atasi penyakit gout

Mari kita kenali tanda dan simptom gout ini.

Tanda dan Simptom Gout


  • Keadaan sendi ,terutamanya sendi di ibu jari yang terasa panas, sakit, bengkak dan nyeri yang teramat. Inilah yang dikenali sebagai podagra.



  • Sakit gout ini sering berlaku pada waktu malam.Bukan itu sahaja malah ianya boleh menjadi semakin teruk selama beberapa jam. Dikatakan lagi sakitnya gout ini sehinggakan tidak boleh dikenakan sebarang tekanan, walaupun terkena selimut sekalipun.


  • Sendi yang terjejas kelihatan kulit kebiruan atau kemerahan, seolah oleh sendi terkena jangkitan.


  • Pergerakan sendi yang terlibat menjadi terhad, dan ianya boleh mengganggu rutin harian


  • Apabila gout makin sembuh, kulit akan menggelupas dan gatal di sekitar sendi tersebut.


  • Serangan gout ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan boleh jadi kerap kali


  • Sakitnya gout ini boleh berlanjutan berhari-hari, atau sekirang kurangnya 1-2 minggu jika tidak di rawat


  • Serangan gout ini boleh berulang kembali, selepas berminggu atau berbulan

Jika anda mengalami tanda dan simptom seperti di atas, maka seelokknya segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.


Jangan risau, kerana dengan teknologi perubatan sekarang ini, penyakit gout ini boleh dikawal dan dirawat dengan sebaiknya.

Buat mereka yang mempunyai masalah gout dan ingin mencuba set gout shaklee boleh hubungi MS J di talian ini:



Tak perlu untuk diragui lagi kerana vitamin shaklee ini banyak membantu mereka yang mempunyai gout.Lihat testimoni gout shaklee ini.






Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...