Skip to main content

5 Cara Mudah Mencegah Penyakit Gout

Penyakit gout ini amatlah sakit, sampaikan nak bergerak pun susah. Pernah tu malam malam lagi rasa sakit yang mencucuk cucuk gitu.

Itulah adalah di antara pengalaman mereka yang mempunyai mempunyai masalah gout. Alhamdulillah setakat ini keluarga MS J belum lagi yang terkena penyakit gout ini.

Seperti yang kita tahu, penyakit gout ini berlaku disebabkan oleh berlebihan urik asid di dalam darah.Lama kelamaan ianya akan diserap ke dalam sendi dan akan membentuk kristal.

Kristal inilah yang menyebabkan keradangan pada sendi, dan menyebabkan juga kesakitan ketika adanya pergerakan sendi.

Seperti di dalam entry MS J sebelum ini, Punca Gout di Kaki, MS J ada bercerita mengenai punca punca mengapa boleh berlaku penyakit gout ini.

Moga dapat membantu kita serba sedikit mengenai penyakit gout yang sering melanda warga Malaysia kini.

Tapi pada hari ini MS J nak berkongsi mengenai 5 cara mudah untuk mencegah penyakit gout ini daripada berlaku. Iyalah, orang kata mencegah itu lebih baik daripada merawati, maka jom sama sama kita amalkan sebelum terlambat.

Cara Mudah Mencegah Penyakit Gout


Ini adalah diantara cara mudah yang kita boleh lakukan untuk mencegah risiko penyakit gout. Amatlah senang, cumanya ianya memerlukan komitmen kita untuk teruskan saja.

5 Cara Mudah Mencegah Penyakit Gout


Elakkan pengambilan alkohol dan lebihkan meminum air masak


Seperti yang kita tahu, pengambilan alkohol yang berlebihan hanyalah memudaratkan kesihatan kita. Ianya boleh mengingkatkan tahap urik asid di dalam darah.

Eh alkohol ini  bukan kata untuk penyakit gout sahaja, malah ianya boleh memberi kesan negatif pada hati dan buah pinggang.

Sebaliknya amalkan meminum air masak yang banyak agar badan kita sentiasa sihat.Air masak membantu mengeluarkan asid urik di dalam badan kita, sekaligus mengurangkan risiko untuk kita mendapat gout ini.



Bersenam dan kekalkan berat badan yang sihat


Ya,bersenam mampu memberikan kesan yang positif untuk badan kita. Jadi amalkanlah bersenam ini agar badan kita sentiasa sihat dan terhindar daripada segala penyakit.


Bukan itu sahaja, malah jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, amalkan senaman dan diet yang betul untuk mengurangkan berat badan.

Ini kerana salah satu faktor yang menjerumus kepada gout adalah obesiti. Jadi, elakkan pengambilan diet yang rendah karbohidrat yang direka untuk menghilangkan berat badan secara cepat, kerana ianya boleh menyebabkan ketosis yang mana boleh meningkatkan tahap urik asid di dalam darah

Elakkan makanan manis dan makan diproses


Seperti yang kita ketahui, makanan sebegini hanyalah memudaratkan kesihatan kita sahaja.Jadi elakkan pengambilan makanan ini dalam diet seharian kita



Elakkan makanan yang tinggi kandungan purin


Makanan yang kaya dengan kandungan purin boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Ikan dan makanan laut yang lain adalah diantara makanan yang sangat tinggi kandungan purin.

Bagi pesakit gout, makanan laut seperti kerang, sardin, ikan herring,tiram, udang, ketam harus dielakkan kerana dikhuatiri akan meningkatkan asid urik.




Elakkan memakan daging merah, makanan laut kecuali ikan berisi putih, buah buahan berasid seperti tomato dan durian


Daging merah sebenarnya bermanfaat sebagai sumber protein.Namun dalam kes pesakit gout, daging merah ini harus dielakkan kerana ianya mempunyai protein dan zat besi yang tinggi, yang mana boleh mencetuskan asid urik yang berlebihan dalam badan kita.




Buat mereka yang mempunyai masalah gout dan ingin mencuba set gout shaklee boleh hubungi MS J di talian ini;

MS J 016 444 2685


Tak perlu ragu ragu lagi kerana vitamin shaklee ini banyak membantu mereka yang mempunyai gout. Lihat testimoni gout shaklee ini.



Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...