Skip to main content

Salur Darah Jantung Tersumbat Boleh Membawa Maut Jika Tidak DiCegah

Salur darah jantung tersumbat?

Bunyi pun dah seriau, apatah lagi buat pesakit yang mengalami penyakit salur darah jantung tersumbat ini. Iya lah bila sebut pasal salur darah jantung tersumbat sudah pasti kematian yang bermain di fikiran.

Sebenarnya Ms J ada kisah yang ingin di kongsi mengenai salur darah jantung tersumbat ini. Ada seorang kawan di tempat kerja yang berusia dalam 40 an, yang merupakan salah seorang pesakit yang mengalami salur darah tersumbat.

Kalau di lihat pada badan beliau, tidaklah gemuk atau mengalami obesiti. Dan lagi terkejut serangan jantung yang di alami oleh beliau adalah secara tiba tiba.Dan dari situlah baru beliau tahu bahawa beliau mengalami masalah salur darah jantung tersumbat.


Tiba tiba sesak nafas dan rasa ingin pengsan, kata beliau suatu petang. Bila melihat keadaan beliau yang sudah pucat, kami cepat cepat bawa ke hospital.

Hasil ECG yang dilakukan, doktor mengesahkan jantung beliau tak berapa ok dan perlu meneruskan beberapa rawatan untuk pengesahan.

Apalagi, kami ini sungguh terkejut.Tak sangka beliau mengalami penyakit jantung yang disebabkan oleh salur darah tersumbat.

Dan bulan lepas, alhamdulillah beliau selamat menjalani rawatan bypass untuk mengatasi masalah salur darah jantung yang tersumbat.Harapnya beliau boleh kembali bekerja seperti biasa.Aminn.

Salur darah jantung tersumbat ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor.Tapi hari ini Ms J ingin sentuh mengenai faktor atherosclerosis.

Atherosclerosis


Pernah dengar tak atherosclerosis ini? Athero bermaksud suatu bahan mendap, manakala sclerosis pula adalah mengeras.

Jadi, secara kesimpulannya atherosclerosis ini adalah suatu penyakit yang mana suatu bahan mendap yang mengeras di dalam salur darah.

Bahan mendap ini berada di dinding bahagian dalam salur darah.Lazimnya bahan mendap ini boleh terdiri daripada lemak, kolestrol atau darah beku.

Sudah tentu lama kelamaan bahan mendap ini akan membentuk plak dan akan mengeras.


Apabila ini berlaku ianya boleh menyebabkan salur darah tertutup, samaada tertutup sepenuhnya atau separa.

Bahan mendap ini boleh berlaku di mana mana bahagian salur darah.Ianya boleh berlaku di otak (cerebrovascular atherosclerosis), kaki dan tangan (peripheral sclerosis) atau jantung (coronary atherosclerosis)

Coronary Atherosclerosis


Coronary atheroscleris inilah yang di alami oleh kawan Ms J. Salur daeah di jantng beliau hampir tertutup sepenuhnya sehinggakan beliau terpaksa melakukan rawatan bypass.

Coronary athrosclerosis ini lebih tinggi untuk berlaku pada mereka yang mengalami darah tinggi dan perokok. Ini kerana dinding bahagian salur darah jantung mudah terjejas dan boleh boleh berlaku luka.

Bila terdapat luka di bahagian salur darah jantung ini, maka lemak dan kolestrol lagi mudah untuk mendap di bahagian tersebut.

Kesannya, lama kelamaan ianya boleh menjadi mengeras, yang di panggil sebagai plak.Lama kelamaan plak ini berkumpul di bahagian salur darah jantung dengan jumlah yang banyak.

Akibatnya salur darah jantung ini boleh tertutup samaada secara separa atau sepenuhnya.Maka terjadilah salur darah jantung tersumbat ini, yang mana oksigen tidak dapat di bekalkan kepada jantung dengan baik.


Dalam bahasa mudahnya, bayangkan salur darah jantung ini sebagai jalan raya. Jalan raya ini mempunyai lubang.

Lubang pada jalan raya menyebabkan lumpur mudah bertakung. Makin hari makin banyak lumpur dan semakin mengeras..

Maka, ramai pengguna jalan raya yang terjejas, mereka tidak dapat melalui jalan raya dengan baik dan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Seperti yang Ms J katakan tadi, salur darah jantung tersumbat ini boleh berlaku secara separa dan sepenuhnya.

Salur darah jantung yang berlaku separa tertutp ini dipanggil sebagai angina, yang mana peredaran darah separa terganggu.

Organ lain masih boleh menerima oksigen yang dibawa oleh salur darah jantung, tapi agak lambat

Manakala, myocardial infaction ini adalah salur darah jantung yang tertutup sepenuhnya dan peredaran darah terhenti sepenuhnya. 

Faktor Risiko Salur Darah Jantung Tersumbat

  • Umur
  • Genetik
  • Keturunan
  • Jantina
  • Kurang Bersenam
  • Obesiti
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kolestrol Tinggi


Jadi, buat mereka yang mempunyai ciri ciri di atas, berhati hati lah dan amalkan gaya hidup yang sihat. 

Mencegah Salur Darah Jantung Tersumbat Dengan Omega 3


Tahu kah kita, selain amalkan gaya hidup sihat, kita juga boleh amalkan pengambilan omega 3 dalam diet seharian kita. 

Omega 3 ini sangatlah bagus untuk masalah kolestrol tinggi, yang mana ia boleh membantu menurunkan paras paras kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik.

Dan kalau nak tahu, kolestrol jahat (LDL) inilah yang menyebabkan pembentukan plak di salur darah.

Apabila paras kolestrol di dalam darah kembali, normal sudah tentu tekanan darah tinggi juga dapat dielakkan.

Selain daripada itu, salah satu ciri omega 3 ini adalah ianya bersifat anti radang. Seperti yang kita tahu, salur darah jantung tersumbat disebabkan oleh adanya luka di bahagian dinding jantung.

Dengan pengambilan omega 3 dalam diet seharian, mampu mencegah jantung daripada berlakunya radang dan luka.


Hasil mengambil set jantung, salurdarah dah kembali normal



Kolestrol tinggi berjaya dikurangkan dengan pengambilan omega 3




Kolestrol tinggi turun setelah amalkan omega 3

MS J 016 444 2685

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Vitagen Membantu Mengurangkan Masalah Anak Sembelit

Bila anak mengalami masalah sembelit, si ibu pula yang risau. Kekadang kesian melihat mereka ini meneran supaya najis senang keluar. Samalah dengan kisah Ms J.Anak bila dah masuk dua tahun dah mula makan pelbagai jenis makanan.Dan dari situlah Ms J perasan yang anak kerap kali sembelit. Tanda anak sembelit ini senang je nak lihat, bila  mereka duduk dan meneran dengan sekuat hati.Kadang tu sampai naik merah muka. Kalau untuk dewasa takpe lah mereka boleh disuruh minum air masak bebanyak kan. Tapi ini budak yang masih kecil, air masak memang kurang minum lah. Bagi mereka yang dewasa ingin mengetahui tips menggelakkan sembelit boleh klik  TIPS MUDAH MENGELAKKAN SEMBELIT Apatah lagi jika suruh makan sayuran.Memang di tolak terus.Apa yang dorang mahu adalah seperti gula-gula saja.Hmm nasiblah si ibu ini.. Puas memikirkan apa yang harus ku berikan pada si anak supaya dapat ubati masalah sembelit.Suatu hari terbelikan anak dengan air vitagen di pasaraya Longwan. A