Skip to main content

Resepi daging goreng blackpepper Yang Simple

Harini Ms J masak menu kegemaran encik suami iaitu daging blackpepper.Encik suami memang suka sangat dengan daging blackpepper ini sampai makan pun siap tambah lagi.

Sebenarnya tak tahu dah nak masak apa harini, tetiba teringat daging blackpepper pun sedap juga.Terus ke kedai mencari bahan bahan masakan daging blackpepper ini.

Inilah daging blackpepper versi Ms J 

Resepi daging blackpepper ini resepi daripada Ms J sendiri.Cukup simple tapi sedap. Bahan pun senang nak cari, tak perlu la complicated macam masak kari tu.hehe.

Bahan bahan untuk resepi daging blackpepper



  • Setengah kilo daging
  • Bawang putih - diketuk
  • Daun sup
  • Sos blackpepper
  • Sos tiram
  • 1 sudu lada hitam - ditumbuk
  • 1 sudu tepung jagung


Daging direbus dan dipotong nipis nipis.Selepas itu, goreng daging seketika.

Daging blackpepper : Daging yang direbus terlebih dahulu
Daging blackpepper : Daging yang digoreng seketika

Untuk bahan kuah blackpepper


Mula mula panaskan minyak untuk menumis bawang putih.

Bila bawang dah agak kemerahan, masukkan sos tiram dan sos blackpepper.Kali ini Ms J guna sos blackpepper life sebab rasa sos blackpeppernya lebih pekat dan sedap.

Daging blackpepper mestilah guna sos blackpepper

Lada hitam yang ditumbuk
Kalau nak kuah yang banyakkan masukkan air.Ms J masukkan air rebusan daging sahaja, bau daging tu lebih segar gitu.hehe.Untuk dapatkan kuah yang pekat, masukkan tepung jagung.

Kuah daging blackpepper yang pekat setelah masukkan tepung jagung
Bila dah pecah minyak, barulah masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama dengan daun bawang.

Daging blackpepper : Daun bawang

Masak seketika diatas api, sambil tu rasakan dengan gula dan garam.

Bila dah mendidih bolehlah matikan api, dan sedia untuk di hidangkan.Alhamdulillah siap juga daging blackpepper versi Ms J.hehe.

Senang je kan nak masak daging blackpepper ini?Haa nanti korang bolehlah cuba pula.Sedap dan sangat mudah. Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...