Skip to main content

Merawat PMS dengan Omega 3

Seringkali setiap kali PMS melanda kaum wanita, ada saja yang akan MC atau tidak selesa untuk bekerja atau belajar.Gejala PMS ini boleh mengganggu kualiti pekerjaan yang dilakukkan, malah menyebabkan mereka tidak semangat untuk bekerja.

Bukan itu sahaja, buat wanita yang mengalami gejala PMS yang teruk, sampaikan terpaksa bergantung kepada ubat ubatan untuk merawat PMS ini.


Masih ingat lagi di zaman universiti dahulu, ada juga seorang kawan ini yang mempunyai masalah PMS yang teruk sampaikan pengsan di dewan kuliah. Padahal kalau ikutkan masalah PMS je, bukan disebabkan oleh penyakit kronik.

PMS atau syndrome prahaid ini adalah keadaan di mana penampilan kitaran somatik dan psikiatri yang memberi kesan kepada sesetengah wanita.

Dikatakan lebih kurang 40 % daripada kaum wanita akan mengalami PMS atau sindrom pramenstrum setiap bulan. Setiap orang mempunyai tahap PMS yang berbeza, ada yang mengalami sindrome PMS yang ringan hinggalah yang kronik.

 Dan dikatakan lagi 2-10 % daripada kaum wanita ini akan mengalamui PMS yang kronik, yang mana boleh mengganggu pekerjaan dan aktiviti seharian mereka.

Antara sindrome PMS adalah :

  • Kram perut
  • Kelelahan
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Perubahan selera makan
  • Kemurungan
  • Kurang daya tumpuan
  • Jerawat
  • Insomnia
  • Moody
  • Sakit otot dan sendi
Sebulan sekali pasti setiap wanita akan mengalami sindrome PMS ini. Malah ada yang takut jika PMS menyerang di hari hari yang bermakna buat mereka.

Dengan asbab itu jugalah ada di antara mereka yang mengambil ubatan tertentu agar sindrome PMS ini tidak berlaku pada hari tersebut.

Merawat PMS dengan Minyak Ikan Omega 3


Dalam satu kajian yang dijalankan, dikatakan pengambilan asid lemak omega 3 secara berpanjangan mampu mengurangkan sindrom PMS ini.

Dalam kajian tersebut, seramai 184 orang wanita di pilih secara random, dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Omega 3 dan Kumpulan Placebo.

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana kesan pengambilan omega 3 mampu mengurangkan sindrom PMS ini.

Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa semakin lama seorang wanita tersebut mengambil asid lemak omega 3 dalam diet seharian mereka, semakin berkurang sindrom PMS yang di alami.

Merawat PMS dengan omega 3 

Ini kerana asid lemak omega 3 mampu mengurangkan kemurungan, kegelisahan, kekurangan daya tumpuan serta mengurangkan gejala somatik PMS termasuklah kembung perut,sakit kepala dan kelembutan payudara.

Omega 3 Mengurangkan Kemurungan, Bimbang, Moody Dan Emosi Terganggu

Ya, dikatakan omega 3 mampu mengurangkan masalah PMS iaitu kemurungan, bimbang, kegelisahan, moody da emosi terganggu.

Ini kerana makanan utama otak kita adalah asid lemak omega 3. Badan kita tidak menghasilkan asid lemak omega 3, maka seharusnya kita mengambil asid lemak omega 3 daripada sumber pemakanan seharian kita.

Merawat PMS dengan omega 3 : Sumber makanan yang kaya dengan omega 3

Bila otak kita mendapat makanan yang secukupnya maka ianya boleh berfungsi dengan baik, termasuklah dalam mengawal emosi.

Selain daripada itu, omega 3 ini fungsinya sebagai anti radang, menghalang pengeluaran sitokin pro inflamasi atau dalam bahasa mudahnya adalah menghalang keradangan.

Dalam kes PMS ini, otak bertanggungjawab untuk bertindak balas kepada tekanan. Apabila keradangan berlaku ianya boleh menjejaskan fungsi otak dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Secara keseluruhannya amalkan lah pengambilan omega 3 dalam diet seharian kita, bukan sahaja untuk merawat PMs malah sebagai makanan tambahan.

Baca juga tips memilih minyak ikan omega 3

Ini kerana omega 3 ini mempunyai seribu manfaat yang boleh menyihatkan tubuh badan kita. Selain daripada sumber makanan, kita juga boleh mengambil supplement minyak ikan omega 3 seperti omega guard shaklee.


Kenapa mesti minyak ikan omega guard daripada shaklee? Dapatkan jawapannya di sini.

MS J 016 444 2685























Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...