Skip to main content

Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Hamil

Alhamdulillah sejak masuk kehamilan trimester kedua ini, Ms J sudah mula mengambil minyak ikan omega 3. Minyak ikan omega 3 sangat bagus taw untuk ibu hamil.Cumanya masih ramai yang takut untuk mengambil omega 3 ini ketika hamil kerana dikhuatiri berbahaya pada kandungan.

Omega 3 ketika hamil 
Malah doktor sendiri menggalakkan Ms J untuk mengambil omega 3 untuk ibu hamil. Sebenarnya banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripada minyak ikan omega 3 ini, terutama sekali buat ibu hamil.

Sebelum itu mari kita kenal dulu apa itu omega 3.

Apa Itu Omega 3


Asid lemak omega 3 ini dikelaskan kepada asid lemak perlu, yang mana bagus untuk kesihatan kita. Haa, jangan ingat asid lemak ini semuanya jahat ye.

Tapi, badan kita tak hasilkan asid lemak omega 3 ini, maka nak tak nak kita kena ambil asid lemak omega 3 ini daripada sumber luar samaada daripada makanan atau supplement tambahan.

Kalau dari sumber luaran, kita boleh peroleh asid lemak omega 3 daripada ikan seperti ikan salmon, tuna dan sardin. Dari sumber tumbuhan pula seperti kekacang, soy bean, flaxseed.

Antara Sumber Omega 3 
Masalah mungkin timbul bila kita dah ambil semua ini, tapi mungkin kita tak tahu cukupkah pengambilan asid lemak omega 3 ini dalam diet seharian kita.Dan sebab asbab itulah, pengambilan supplement minyak ikan omega 3 ini dapat membantu kita untuk mendapatkan asid lemak omega 3 yang mencukupi.

Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Hamil


Omega 3 ini bukan sahaja bagus untuk ibu hamil, malah bagus untuk semua golongan termasuklah ibu menyusu dan anak anak.

Pentingnya omega 3 ini untuk ibu hamil sebab ianya banyak membantu dari segala aspek. Ini antara kepentingan omega 3 untuk ibu hamil:

Pertumbuhan Otak dan Fungsi Imum


Selalu kan kita dengar, nak anak bijak amalkan pengambilan minyak ikan omega 3. Ya, asid lemak omega 3 seperti docosahexaenoic acid (DHA) memainkan peranan penting dalam pembentukan otak bayi.

DHA ini menyokong perkembangan bayi semasa di dalam kandungan, dan memastikan sel sel otak sentiasa berhubung antara satu sama lain.


Malah mengikut Micheal Crawford, seorang pengkaji DHA dan perkembangan otak, beliau berpendapat bahawa bayi semasa di dalam kandungan lagi seharusnya dibekalkan dengan omega 3 untuk perkembangan otak yang sihat.

Merendahkan Risiko Alergik Pada Anak


Fakta ini mungkin ramai yang tidak ketahui, bahawasanya omega 3 mampu merendahkan risiko alergik pada anak anak.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, mengkaji mengenai kepentingan omega 3 untuk ibu hamil dan ibu menyusu mendapati  dengan pengambilan omega 3 merendahkan risiko penyakit alergik, alergik pada makanan dan ekzema pada anak anak.


Asid lemak omega 3 seperti DHA dan EPA bertindak sebagai anti-radang, yang mana menghalang sebarang inflamasi berlaku termasuklah penyakit alergik.

Mempunyai anak asma?Kenali tanda asma dan rawat sebelum terlambat

Ini juga disokong oleh satu kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan omega 3 untuk mengurangkan masalah alergik di kalangan anak anak.

Kawal Berat Badan Unggul


Pengambilan omega 3 ketika hamil mampu mengawal berat badan agar tidak naik terlalu banyak ketika hamil. 

Ini kerana dengan pengambilan omega 3 yang mencukupi menyebabkan perut kita sentiasa kenyang. Oleh itu, kekerapan untuk makan berkurang, dan sekali gus memastikan berat badan ibu hamil tidak naik terlalu banyak.

Bukan itu sahaja, malah terdapat review artikel yang diterbitkan pada tahun 2010, turut menyokong bahawa pengambilan omega 3 boleh mengurangkan berat badan dengan mengurangkan selera makan dan membakar kalori dengan baik.

Apalagi, buat ibu hamil, jangan teragak agak lagi untuk mencuba minyak ikan omega 3 ketika hamil ini. Banyak sangat manfaatnya, bukan sahaja untuk bayi, malah untuk ibu hamil juga.

Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh ikuti kisah mereka bersama testimoni omega guard ketika hamil

Untuk sebarang belian atau pertanyaan, boleh terus klik gambar ini:










Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...