Skip to main content

Tips Merawat Lingkaran Bawah Mata Gelap atau Eye Bag

Mempunyai lingkaran bawah mata yang gelap boleh menyebabkan kita kurang berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai.

Lingkaran bawah mata yang gelap atau di mata panda ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.



Malah, kalau zaman universiti Ms J dulu selalu dapat mata panda ini disebabkan oleh stay up malam malam untuk siapkan asignment.Almaklumlah Ms J ni jenis yang buat keje last minit.

Lingkaran bawah mata gelap ini akan terus muncul bila bangun pada keesokkan harinya.Ya, itu tandanya bila Ms J tidak dapat tidur yang mencukupi.

Tapi sekarang, mata panda ini jarang sekali hinggap pada diri ini.Mungkin kerana sekarang dah terlebih tidur.haha.

Okla selain daripada tidur yang mencukupi, ada lagi faktor lain yang mempengaruhi kemunculan lingkaran bawah mata gelap ini.

Faktor Berlakunya Lingkaran Bawah Mata Gelap ( Eye Bag)


1. Keturunan


Ya keturunan juga boleh mempengaruhi kemunculan lingkaran bawah mata gelap. Kalau ada ahli keluarga kita yang mempunyai lingkaran bawah mata gelap, peluang untuk kita juga mendapat eye bag ini amatlah tinggi.

2. Pengambilan ubatan


Pengambilan ubatan boleh mempengaruhi kemunculan eye bag.

Ubat ubatan yang diambil boleh menyebabkan saluran darah membesar dan menyebabkan bawah mata menjadi sembab dan akhirnya boleh menimbulkan eye bag.

Selain pada itu, buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti anemia, bawah mata mereka juga boleh menjadi gelap disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam darah.

3. Umur


Umur kita juga mempengaruhi kemunculan eye bag ini taw.Sebagaimana yang kita tahu, semakin kita berusia, kolagen badan kita juga semakin berkurang.

Pabila kolagen dalam badan kita berkurang, maka kulit akan hilang keanjalan dan kulit mudah menjadi gelap termasuklah di bahagian bawah mata.

Petua Hilangkan Lingkaran Bawah Mata Gelap atau Eye Bag


Nak hilangkan eye bag dengan cepat? Rasanya agak susah tu, sebabnya eye bag ini ambil masa juga untuk hilang.

Cuba beberapa tips hilangkan lingkaran bawah mata atau eye bag di bawah ini dengan konsistent.Barulah kita akan nampak hasilnya nanti.

Hirisan timun


Selalu kalau pergi spa, bahagian letakkan hirisan timun di bawah mata tu bahagian yang paling Ms J suka.

Betulla, hirisan timun ini boleh menyamankan mata, tambah tambah lagi buat mata yang keletihan, elok sangat cuba letak hirisan timun ini.


Minyak Badam


Minyak badam ini mempunyai vitamin e yang tinggi.Ianya berfungsi untuk meratakan tona kulit di bawah mata dan mengelakkan lingkaran bawah mata menjadi gelap.

Sapukan selalu di bahagian mata terutama sebelum tidur.

Uncang Teh


Tahu tak uncang teh juga kita boleh gunakan untuk mengurangkan lingkaran bawah mata yang gelap.Jadi, lepas ini tak perlu lah dibuang begitu sahaja uncang teh ini, sebaliknya guna untuk masalah eye bag.

Teh ini dikatakan sangat bagus dalam membantu peredaran darah di bawah mata.

Selain itu, teh juga boleh membantu mengurangkan pigmentasi dan kawasan gelap bawah mata

Air Kosong


Air kosong ini sangat penting untuk badan kita.Air kosong membantu mengurangkan masalah kulit kering dan berkedut.

Selain itu, air yang mencukupi di dalam badan boleh membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.Bila peredaran dah lancar, maka lingkaran gelap bawah mata pun tak berlaku lah.

Supplement Untuk Masalah Lingkaran Bawah Mata atau Eye Bag


Selain daripada petua hilangkan lingkaran bawah mata gelap atau eye bag di atas, anda juga boleh menggunakan supplement tambahan untuk mempercepatkan pengurangan eye bag.

Antara supplement yang anda boleh ambil adalah seperti kolagen dan vitamin C.

Kolagen 


Kolagen ini berfungsi membantu mengembalikan keanjalan kulit dan pada masa yang sama mencerahkan kulit yang gelap di bawah mata.

Sebagaimana yang kita tahu, semakin bertambah usia kita, kolagen dalam badan ini akan semakin berkurang. 

Apabila kolagen berkurangan, kita akan nampak lebih berusia daripada umur sebenar, kulit kusam dan berkedut.Maka, amalkan lah kolagen dalam kehidupan seharian kita pada hari ini.

Vitamin C 


Tahukah anda vitamin C mempengaruhi penuaan kulit? Ya, kekurangan vitamin C dalam diet seharian kita boleh menyebabkan kita nampak tua daripada usia sebenar.

Dikatakan vitamin C ini berfungsi untuk pembentukan kolagen , yakni protein yang membuat ligament di bawah mata. Bila protein ini cukup, takdelah nanti kita senang mendapat eye bag.

Eye Treatment Enfuselle Shaklee


Ini adalah salah satu kream yang boleh membantu mengurangkan lingkaran bawah mata yang gelap. Ianya berfungsi menghilangkan garis garis halus dan kedutan di bawah mata.

Hanya guna setitik sahaja dan sapu di bahagian bawah mata.Lakukan setiap hari pasti anda tidak akan percaya dengan hasilnya.

Ini adalah antara kata mereka mengenai eye treatment enfuselle:


Testimoni 1 :


Testimoni 2 : 



Testimoni 3: 


Testimoni 4 : 



Mempunyai masalah lingkaran bawah mata gelap atau mata panda? Hubungi segera Ms J taw


Ms J 016 444 2685




Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...