Skip to main content

6 Langkah Mudah Mengatasi Payudara Tersumbat!

Sering kali Ms J mendengar masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu mengenai masalah payudara tersumbat ini. Payudara tersumbat ini boleh berlaku pada sebelah sahaja, namun ada juga ibu-ibu yang mengalaminya pada kedua dua belah payudara.

Cara Mudah Atsi Payudara Tersumbat


Payudara tersumbat ini dikenali juga sebagai 'blocked duct' atau 'plugged duct'. Payudara tersumbat ini agak memeritkan kaum ibu, malah ada yang tidak tahan dengan kesakitan payudara tersumbat dengan mencari alternatif lain. Di sini Ms J kongsikan beberapa cara mengatasi masalah payudara tersumbat ini.

Opps sebelum itu , rasanya baik juga untuk kita kenali kenapa boleh berlaku masalah payudara tersumbat ini.Ok ini di antara faktor terjadinya masalah payudara tersumbat ini:

Punca Payudara Tersumbat


➮Susu tidak dikosongkan sepenuhnya setiap kali menyusu
➮Lekapan tidak betul semasa menyusu
➮Bra yang tidak di tarik ke atas tanpa membuka kancing ketika menyusu

Cara Mengatasi Payudara Tersumbat


Tuam payudara


Tuam payudara dengan mengunakan tuala dan air suam bagi melegakan sakit di bahagian payudara. Tips agar mendapatkan panas yang lebih lama dengan menggunakan diaper sekali pakai yang bersih


Pijat Payudara


Setelah  anda selesai menuam payudara, seeloknya pijat pada bahagian yang keras ke arah puting. Ini boleh mengurangkan risiko berlaku penyumbatan susu pada payudara

Kerapkan Menyusu


Kerap kali Menyusu Agar Payudara Tidak Tersumbat
Walaupun payudara tersumbat ini agak menyakitkan, teruskan penyusuan susu ibu. Semakin kerap ibu menyusu, semakin kurang peluang risiko untuk terjadinya payudara tersumbat.

Kerap Perah Susu


Salah satu sebab terjadinya payudara tersumbat ini adalah disebabkan oleh sisa susu yang masih berada di dalam payudara.

Jadi ibu ibu perlu mengosongkan payudara setiapkali menyusu dengan memerah susu selepas menyusu. 

Rendam Air Panas


Selain menuam payudara anda dengan tuala yang suam, ibu juga boleh merendan payudara di dalam air panas / suam. Suhu air ikut kesesuaian dan kelesaan anda, janganla sampai melecur pula nanti ye.

Rehat Secukupnya

Cara Atasi Payudara Tersumbat : Bersikap tenang dan rehat secukupnya

Pastikan ibu ibu mendapat rehat secukupnya. Walapupun ianya nampak mudah, namun ianya mempunyai kesan pada tubuh badan ibu.

Jadi pastikan ibu ibu mendapat rehat secukupnya ye agar payudara tersumbat ini tidak berlaku pada anda.

Rasanya beberapa tips mengatasi payudara tersumbat ini amat mudah saja untuk ibu follow bukan? Jadi doa Ms J agar semua ibu di luar sana mampu boleh menyusu ibu sehingga berjaya.

Masalah air susu kurang? Boleh baca ini TIPS BANYAKKAN AIR SUSU IBU DENGAN MUDAH!



Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...