Skip to main content

Teknik Menyusu Dengan Betul

Pengalaman menjadi seorang ibu banyak mengajar Ms J mengenai teknik menyusu dengan betul. Walaupun tidak pernah menghadiri sebarang kelas teknik menyusu, namun Ms J rasa bertuah kerana bersama dengan mereka yang berpengalaman dengan teknik menyusu ini seperti mak dan kakak.Alhamdulillah ilmu yang mereka curahkan mengenai teknik menyusu dengan betul amat membantu Ms J yang pertama kali melahirkan cahaya mata.



Teknik menyusu ini penting taw, supaya nanti si ibu tidaklah mengalami sakit atau pedih di sekitar puting.Bukan itu sahaja malah bayi juga akan puas menyusu kelak. Di sini Ms J ingin berkongsi mengenai teknik menyusu dengan betul, yang mana Ms J petik dari sumber myportal.

Teknik Menyusu Dengan Betul

Posisi


Teknik menyusu dengan betul memerlukan posisi ibu dan bayi dengan betul.Ada juga ibu-ibu yang mempunyai teknik semulajadi iaitu boleh memegang bayi dengan baik semasa proses menyusu.Namun ada juga yang masih terasa kekok, almaklumlah masih baru dan tidak pernah belajar mengenai teknik menyusu ini.

Ini adalah antara posisi yang boleh ibu praktikkan ye;

  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payudara ibu
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa


Pelbagai posisi teknik menyusu dengan betul
Kalau Ms J, lebih suka teknik cradle dan posisi lying down tu..Korang ikut pada keselesaan sendiri la ye.

Jika anda mengalami masalah payudara bengkak boleh baca di MERAWAT PAYUDARA BENGKAK SUSU DENGAN MUDAH!

Lekapan


Nak tahu teknik menyusu kita betul atau tak, lihat pada teknik lekapan juga. Jika semasa atau selepas menyusu puting ibu terasa sakit, itu tandanya mungkin kita mempunyai teknik lekapan yang salah.

Ini adalah tanda pelekap yang betul:


  • Mulut terbuka luas
  • Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi
  • Bibir melengkup keluar
  • Dagu mencecah payudara


Teknik menyusu dengan betul : Lekapan

Mudah saja kan teknik menyusu ini? Harapnya semua ibu-ibu boleh amalkan teknik menyusu ini dan semoga kita boleh menyusu badan dengan sempurna!





Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...