Skip to main content

Merawat Payudara Bengkak Susu Dengan Mudah!

Assalamualaikum semua.

Rasanya topik kali ini mengenai merawat payudara bengkak susu, amat sinonim dengan ibu ibu yang telah mengalami masalah payudara bengkak susu ini.Mungkin ibu ibu sudah ada pelbagai petua untuk merawat payudara bengkak susu ini.Buat ibu ibu baru, dan pertama kali mengalami masalah payudara bengkak susu ini, boleh cuba beberapa cara ini untuk merawat payudara bengkak susu.

Payudara Bengkak Susu amat menyakitkan kaum ibu

Jika ibu ibu masih tidak tahu, atau tidak berapa pasti adakah masalah yang dihadapi itu adalah masalah payudara bengkak susu, mungkin ibu boleh lihat keadaan ibu dengan tanda tanda payudara bengkak susu ini.

Tanda Payudara Bengkak Susu

⥁Sakit pada payudara
⥁Bengkak payudara yang panas
⥁Kulit payudara tegang dan berkilat
⥁Payudara keras dan terasa ada ketumbuhan
⥁Puting tenggelam ke dalam
⥁Bayi sukar melekup di payudara

Jika ibu ibu mengalami tanda seperti ini, sah ini adalah tanda payudara bengkak susu.Biasanya payudara bengkak ini bermula selepas seminggu bersalin.Walaupun bengkak susu ini bukanlah sejenis penyakit, tapi jika dibiarkan begitu sahaja boleh menyebabkan kesakitan yang teramat buat si ibu.Maka merawat payudara bengkak susu ini adalah perlu.

Merawat Payudara Bengkak Susu

Pemilihan Coli Yang Sesuai

Pertama sekali jika masalah payudara bengkak susu, kita kena pilih coli menyusu yang sesuai.Coli tersebut tidaklah terlalu ketat dan benar benar padan.Nanti ibu pun selesa untuk menyusu nanti.

Perah Atau Pam Susu

Kedua, perah susu.Kuantiti susu yang banyak dan tidak dikeluarkan menyebabkan ibu mengalami kesakitan akibat payudara bengkak susu.Jadi, sebagai langkah mengatasi payudara bengkak, ibu terlebih dahulu perlu memerah susu.

Tapi janganlah perah susu ketika payudara bengkak, sakit taw.Sebaiknya urut payudara terlebih dahulu. Urut di sekitar payudara dengan menggunakan 4 jari (jari telunjuk hingga jari kelingking).Urut dari atas hinggalah ke bawah.

Perahan susu boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu secara manual ataupun secara pam.

Merawat Payudara Bengkak Susu dengan memerah susu secara manual

Kerapkan Menyusu

Usai memerah susu dan payudara sudah tidak mengalami bengkak, maka bolehla kita teruskan menyusu.Pastikan ibu menyusu dengan kerap. Kalau boleh dua atau tiga jam sekali.Semakin kerap kita menyusu semakin kurang peluang kita mengalami  payudara bengkak susu.

Mengurut Payudara Ketika Menyusu

Selain itu, ibu juga boleh praktikkan mengurut payudara ketika bayi sedang menyusu.Ketika bayi sedang menyusu, urut perlahan lahan dari atas hingga ke bawah payudara.Ini juga boleh melancarkan peredaran susu dan sekaligus mengurangkan masalah payudara bengkak susu.Ibu pun tak sakit akibat bengkak susu nanti.

Minum Air Suam Dengan Banyak

Minum air suam dengan kuantiti yang banyak.Air suam ini banyak khasiat pada badan kita, termasuklah boleh merawat payudara bengkak susu.Bunyi macam remeh je kan, tapi percayalah ianya boleh membantu.

Tahukah anda kekurangan air dalam badan akan membuatkan perjalanan darah tidak lancar, dan ianya menyebabkan sel sel payudara akan menghasilkan asid.Jika darah berasid ini ada, ia menyebabkan ketulan susu ibu sering terbentuk dan susu ibu mudah berketul serta tersumbat di dalam salur susu.

Haa take note ye ibu ibu.Mulai hari ini minumlah air suam banyak banyak ye...

Meletakkan Kobis

Dan cara yang sering kita lihat adalah dengan menggunakan kobis untuk merawat payudara bengkak susu. Letakkan beberapa kepingan kobis di sekitar payudara anda, dan biarkan selama 15 minit.Dikatakan kobis ini boleh mengurangkan sakit payudara bengkak susu, mungkin juga disebabkan ianya bersifat sejuk.Tapi awas, penggunaan kobis yang kerap dan berpanjangan boleh menyebabkan kuantiti susu berkurangan.

Merawat Payudara Bengkak Susu dengan Kobis

Merawat Payudara Bengkak Dengan Lecithin Shaklee


Tahukah anda lecithin dari shaklee juga boleh membantu merawat payudara bengkak susu.Ianya berfungsi sebagai  pengemulsi lemak dan minyak.Sangat membantu mengatasi dan menghalangkan pengulangan duktus tersumbat.

Pengambilan lecithin boleh merawat payudara bengkak susu

Jika ibu-ibu mengalami masalah susu yang berkurang bolehla cuba tips banyakkan air susu ibu  ini pula. Sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan produk shaklee bolehla hubungi atau watsap Ms J 016 444 2685

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...