Skip to main content

Pemeriksaan Mammogram Hanya Percuma!

Pernah dengar mengenai mammogram? Mammogram ini adalah sejenis pemeriksaan payudara selain daripada ultrasound.

Tapi ramai yang cakap buat mammogram ini amat perit dan sakit.Mana taknya payudara kita akan di kepit dan di tekan untuk mendapatkan imej yang bagus. Jadi buat pesakit yang akan menjalani mammogram bersabarlah kerana ianya untuk kebaikkan kita juga.

Okla harini Ms J bukan nak bercerita mengenai sakit ke tak mammogram ini, almaklumlah Ms J pun belum berpengamalan menjalani mammogram ini.huhu


Cuma apa yang Ms J nak war war kan di sini adalah " PEMERIKSAAN MAMMOGRAM SECARA PERCUMA"

Haa betul.Percuma je taw tak perlu bayar tapi dengan syarat di seperti di bawah:

⇒Perempuan berumur 40 tahun dan ke atas
⇒Perempuan yang berumur 30 tahun dan ke atas (jika mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara)
⇒Warganegara Pulau Pinang / Ic Pulau Pinang
⇒Pemeriksaan seminggu selepas haid


Buat warga Pulau Pinang jangan lepaskan peluang ni.Kalau pergi buat kat mana-mana private hospital harga RM 100++. Tapi ini percuma je di bawah kelolaan kerajaan negeri.

Oh ya mesti korang tertanya tanya kan nak buat kat mana tu? Yang Ms J tahu ianya di jalankan di BP Diagnostic Centre Bukit Mertajam dan Pulau Pinang.

Nanti apa apa cuba telefon BP Diagnostic Centre  untuk membuat sebarang temujanji.Selamat menjalani pemeriksaan mammogram ye.Mencegah lebih baik daripada mengubati!







Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...