Skip to main content

Tempat Makan Best Di Alor Setar

Hari ini adalah hari hujung minggu bagi warga Pulau Pinang.Tapi hari ini Ms J terpaksa bekerja outstation iaitu ke Alor Setar, Kedah.

Mujur hari ini tak banyak sangat kerja di pejabat, maka dapatlah tenang sedikit.huhu

Tapi yang sedih tu sebab hari ini makan tengahari sorang sorang.Kawan kawan yang lain cuti.Aduhai tengah fikir nak makan kat mana.Tetiba teringat  ' lama dah tak makan di kopitiam'.


Ok set hari ini Ms J nak pergi makan kat kopitiam, kat Alor Setar ini. Kalau korang nak tahu kopitiam ini terletak di Jalan Teluk Wanjah, dekat roundabout.

Bersebelahan dengan Restoren Aminres
Apa yang best makan kat kopitiam ini? Haa kalau nak tahu macam macam makanan ada kat sini. Pelbagai jenis aneka nasi, mee, kuih muih dan sebagainya.

Bila banyak sangat menu, pening pula nak makan apa kan.haha. Ok di sini Ms J list apa yang ada:

Aneka nasi :

Nasi goreng kampung
Nasi goreng cina
Nasi goreng ikan masin
Nasi goreng hailam
Nasi goreng pattaya
Nasi goreng paprik
Nasi goreng daging merah


Mee hoon / Mee /Kuew tiaw 
Goreng
Tomyam
Sup
Bakso
Kari

Dan bermacam macam lagi seperti sizzling, mee abu, nasi ayam. Kalau nak tahu kat sini juga ada makanan selera pantai timur seperti nasi kerabu, nasi dagang dan laksam.



Pelbagai aneka mee / mee hun  dan kuew tiaw



Pelbagai aneka nasi goreng


Sentiasa dipenuhi dengan orang

Antara famous nasi ayam
Kopitiam ini hanya beroperasi pada waktu pagi hingga tengahari sahaja, iaitu masa untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Biasanya kalau pergi dah lambat memang banyak lauk dan makanan dah habis.

Kalau waktu pagi pula terdapat pelbagai aneka kuih muih taw. Dan kebanyakkan kuih kuih ini ada yang baru siap di goreng.Jadi boleh makan panas panas lagi seolah olah makan kat rumah pula.

Dulu Ms J selalu beli cekodok dan keropok lekor kat sini.Suka sangat dengan cekodok ini sebab tak keras dan rasa ala ala mak kat rumah yang buat.huhu



Pilihan Ms J adalah nasi goreng ikan masin
Buat korang yang tercari cari tempat makan untuk sarapan pagi dan makan tengahari bolehlah datang ke kopitiam Alor Setar ini ye.






Comments

  1. lamanya tak pi aman ccentral. Sebelum ni pi pusing tak habis.

    farah pun suka Nasi gorang ikan masin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala, saya pun suka nasi goreng ikan masin jugak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...