Skip to main content

Kepentingan Minyak Ikan Pada Ibu Hamil

Pernah suatu ketika dahulu doktor menyuruh Ms J untuk mengkonsumi minyak ikan.Katanya minyak ikan bagus untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.

Tapi Ms J ni jenis tak percaya semua tu kan, jadi tak ambil la.huhu.Tapi last last bila membaca pasal minyak ikan ni, rasa rugi pula.Okla selepas ini memang kena ambil jugak minyak ikan ini!



Tahu sebab apa? Minyak ikan ini memang bagus untuk kesihatan ibu dan anak.

Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Pada Ibu Hamil

⇢Membantu perkembangan penglihatan dan kognitif bayi

⇢Mengurangkan risiko /alergik di kalangan bayi
⇢Untuk perkembangan sistem saraf otak bayi
⇢Mencegah kelahiran pra matang, megnurangkan risiko pre-eklamsia dan meningkatkan berat kelahiran bayi
⇢Mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung
⇢Mengurangkan tahap kolesterol ibu mengandung
⇢Membantu ibu mengawal berat badan secara semulajadi
⇢Meningkatkan sistem pertahanan badan ibu, ibu jarang dijangkiti demam, selsema dan batuk

Kalau nak ikutkan banyak lagi yang Ms J belum senaraikan kebaikan minyak ikan ni. Ini adalah di antara sahaja.


Dan kalau nak tahu, kekurangan minyak ikan omega 3  ini boleh meyebabkan kita :

⇢Selalu penat⇢Fungsi otak terjejas(penglihatan, kelakuan, mental dan pembelajaran)
⇢Fungsi sistem saraf terjejas
⇢Tekanan darah tinggi
⇢Paras kolesterol (triglyserida) tinggi
⇢Radang tissue
⇢Bengkak (edema)
⇢Rambut dan kulit kering
⇢Sistem imum badan lemah

Jadi Ms J amat menyokong jika kita amalkan pengambilan minyak ikan semasa trimester kedua kehamilan ini.Eh eh bukan pada fasa kehamilan saja taw, semua orang juga juga boleh ambil minyak ikan ni.

Sehari badan kita memerlukan 1500 mg DHA dan 800 EPA. DHA dan EPA ini di dapati daripada sumber omega 3 seperti ikan tuna, brokoli, ikan salmon, kacang walnut dan banyak lagi.

Kalau susah sangat nak ambil pemakanan yang kaya dengan omega 3 ni anda juga boleh amalkan supplement minyak ikan.Opps tak semua minyak ikan kaya dengan dengan omega 3 taw.Jadi hati hati lah memilih minyak ikan ye!

Baca ini untuk mengetahui TIPS MEMILIH MINYAK IKAN






Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...