Skip to main content

Jalan-Jalan Di Gunung Jerai

Lama dah rasanya entry ini tertangguh.Banyak benda nak kena settle, dengan kesihatan yang tak berapa ok.

Hampir sebulan berlalu, hari ini baru terdetik untuk menulis.Itupun sebab membelek belek gambar di telefon ini.Kalau tak rasanya dah jadi album jela..huhu.

Kali ini Ms J nak berkongsi tempat menarik di Kedah yang anda boleh lawati.Bawa satu keluarga, tenangkan fikiran di sini mesti best!

Tempat yang Ms J maksudkan adalah Gunung Jerai, yang mana salah satu daya tarikan pelancong ke Kedah.

Gunung Jerai juga di kenali sebagai Puncak Kedah.Ianya terletak di sempadan antara daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah.

Apa yang menariknya mengenai Gunung Jerai ini adalah ianya terletak di pesisir pantai, yang mana dari puncak gunung kita boleh melihat pemandangan laut dan sawah padi di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.


Sawah padi di puncak Gunung Jerai
Cuaca nampak panas, tapi sejuk sebenarnya
Bunga bunga yang ditanam sekitar puncak gunung
Sebenarnya perjalanan kami sekeluarga ke Gunung Jerai ini tidak dirancang pun sebenarnya.Al kisahnya kami singgah di rumah kawan di Gurun, Kedah. Ada majlis makan makan.

Semasa otw balik dari sana, tetiba encik suami ajak singgah ke Gunung Jerai ini.Bagi Ms J pula yang tidak pernah datang ke Gunung Jerai ini, rasa ada apalah sangat dengan Gunung Jerai ini.

Tapi encik suami berkeras juga mahu naik ke Gunung Jerai ini.Katanya ada tiga cara kita boleh sampai ke puncak Gunung Jerai.

Pertama dengan menggunakan kereta sendiri, memandu hingga ke puncak, kedua boleh menyewa van yang di sediakan di bawah kaki gunung dan yang ke tiga adalah mendaki gunung.

Tapi kali ini encik suami ingin menaiki kerete sendiri ke puncak gunung.Ms J ok je  sebab buka Ms J yang drive kan.haha

Perjalanan ke puncak gunung agak mencabar dengan jalan yang sempit, selekoh yang tajam.kalau korang yang ingin memandu berhati hati lah ye.Encik suami pun bawak kereta slow slow je.Almaklumlah kereta dah lama.huhu

Agak lama juga baru sampai ke puncak, rasanya ada la dalam 30 minit.Mungkin juga sebab encik suami bawa kereta slow.Kalau bawak laju mungkin lebih awal la kot.

Bila turun je dari kereta rasa nyaman nya udara di sini.Cuaca yang panas, tapi udara yang sejuk.Macam kat oversea pula ye.huhu

Kat sini ada juga chalet, hotel, food court yang disediakan.Kalau korang nak bercuti di sini jangan risau sebab semuanya ada.Tinggal bawa duit je.


Kat sini kami hanya jalan-jalan sahaja.Agak ramai juga yang datang, mungkin juga sebab hujung minggu.Bawa anak pusing pusing dan berlari di sekitar Gunung Jerai.

Jom layan gambar kami jalan jalan di Gunung Jerai, Kedah!
















Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...