Skip to main content

Tandas Cangkung Vs Tandas Duduk: Yang Mana Lebih Baik?

Alkisahnya Ms J dan suami mempunyai perbezaan pada minat terhadap sesuatu perkara.Contohnya suami lebih suka masakan manis, manakala Ms J lebih suka masakan yang bersifat masin.

Samalah juga mengenai tandas.Suami lebih gemar untuk ke tandas cangkung, manakala Ms J lebih suka tandas duduk.haha

Kata beliau, tandas cangkung ini lebih bersih, tidak perlu nak duduk.Lagi satu kata beliau tandas duduk ini ibarat orang yang malas.Sabarkan aja lah kita yang mendengar ini.huhu

Bagi Ms J pula, tandas duduk ini lebih selesa.Almaklumlah Ms J kalau masuk ke tandas mengambil masa yang agak lama, jadi untuk bercangkung dalam masa yang lama agak lenguh sedikit.

Haa sebab itulah Ms J memilih untuk menggunakan tandas duduk.Siapa mempunyai pendapat yang sama dengan Ms J? Kan betul tak?

Tapi hari ini ada terbaca mengenai kebaikan tandas cangkung berbanding tandas duduk.Katanya tandas cangkung lebih baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.


Hmm patutla Ms J jika menggunakan tandas cangkung, pembuangan air besar lebih lancar berbanding dengan tandas duduk. Mungkin ada betulnya juga.

Mari kita sama sama baca mengenai tandas cangkung ini.

Tandas cangkung ini dikatakan sebagai salah satu alternatif untuk merawat sembelit.

Apabila kita berada di dalam keadaan cangkung seperti gambar di bawah sebelah kanan, otot yang mengawal pergerakan najis berada di dalam keadaan tenang, rektum pula berada lurus ke bawah.


Maka dengan asbab itulah najis senang untuk dikeluarkan berbanding dengan tandas duduk.

Apabila kita menggunakan tandas duduk, kita memerlukan tenaga yang kuat untuk meneran najis keluar.

Dikatakan juga penggunaan tandas duduk menyebabkan kita tidak puas ketika membuang air besar.Apa yang kita rasakan seolah olah masih ada saki baki najis yang belum di keluarkan.

Namun, disebabkan oleh laluan najis yang sempit, menyukarkan najis tersebut untuk keluar.Oleh itu kita lebih selesa untuk menyimpan najis tersebut.

Lama kelamaan najis tersebut akan mengeras dan akhirnya kita akan mengalami sembelit.

Untuk mengetahui tips mudah mengelakkan sembelit boleh baca di sini ➤➤ TIPS MUDAH MENGELAKKAN SEMBELIT





Namun begitu, tandas duduk ini ada juga baiknya.Contohnya untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan yang tidak mampu untuk mencangkung, ibu bersalin atau orang orang tua.

Golongan ini lebih gemar memilih untuk menggunakan tandas duduk.

Jadi untuk kedua-dua jenis tandas ini ada baik dan buruknya juga.Terpulang kepada diri masing masing untuk memilih yang mana satu pilihan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...